4 perompak berparang diburu polis, pecah masuk rumah sehingga kerugian RM25,000

4 perompak berparang diburu polis, pecah masuk rumah sehingga kerugian RM25,000

Seorang wanita warga emas terjatuh semasa menahan pintu ketika empat orang perompak menolak pintu untuk memecah masuk ke dalam rumah mangsa.

Menurut akaun TikTok @verrakathaigal yang mengongsikan semula rakaman cctv dari rumah mangsa, kejadian itu berlaku pada 2 Mac 2023 pada sekitar pukul 8.45 pagi di Taman Sri Andalas, Klang.

“Kesemua perompak itu bersenjatakan parang, memakai topeng muka penuh dan sarung tangan, sekaligus menyukarkan proses pengecaman,” terang TikTok @verrakathaigal.

@verrakathaigal

Reposting as received from Mr Ratna @nratna Our home was robbed today today, 2nd March 2023 at approximately 8:45 am in Taman Sri Andalas, Klang. Four Indian men forcefully entered the house, pushing the mother down in the process. The perpetrators were armed with parangs, full face masks and gloves, making identification difficult. The robbers escaped in a black Proton Perdana with the registration number plate WNC 1704. Although the family lost cash and jewellery, there were no serious injuries sustained by any member of the household. We the family of Dr. Pamela Sivapathasundram and Mr. Ratna K Nadarajan, are calling on the public to exercise caution and to be on the lookout for the robbers and the vehicle involved. It is vital that anyone with information regarding the incident, or who may have seen suspicious activity in the vicinity at the time of the robbery, report it to the authorities immediately. Please call 999 to report the car if you spot it. Please share this message widely to help raise awareness and prevent similar incidents from occurring in the future. Do stay safe everyone. Share this to those who are staying in #Klang to spread awareness guys.

♬ original sound – Verra Kathaigal – Verra Kathaigal

Menurut akaun TikTok itu lagi, kesemua perompak melarikan diri dengan menaiki Proton Perdana hitam bernombor pendaftaran WNC 1704.

Walaupun keluarga mangsa kehilangan wang tunai dan barang kemas, tiada sebarang kecederaan serius dialami oleh kesemua mangsa yang ada di dalam rumah ketika kejadian itu berlaku.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata keempat-empat suspek terbabit juga disyaki melakukan jenayah sama di Taman Petaling, 17 Februari lalu.

“Semasa kejadian, tiga ahli keluarga yang terdiri daripada seorang lelaki dan dua perempuan dalam lingkungan umur antara 46 hingga 88 tahun berada di dalam rumah berkenaan.

“Suspek mengarahkan kesemua mangsa duduk di dalam bilik utama sambil diawasi dua suspek. Seterusnya seorang suspek mengambil rantai leher dipakai oleh dua mangsa manakala suspek lain menyelongkar bilik dan bag tangan mangsa.” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hasil semakan mendapati beberapa jenis barang kemas anggaran kira-kira RM24,000, wang tunai anggaran RM800 dan sebuah telefon bimbit jenis iPhone hilang. Anggaran keseluruhan kerugian kira-kira RM25,000.

Siasatan juga mendapati seorang mangsa cedera akibat menahan pintu ketika suspek cuba masuk ke dalam rumah.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan samun berkumpulan yang boleh membawa hukuman penjara selama tempoh 20 tahun, denda atau sebat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini atau suspek diminta tampil terus kepada IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.