4 sisi gelap Gunung Everest yang ramai tak tahu, yang paling last tu pendaki berdepan risiko tinggi

4 sisi gelap Gunung Everest yang ramai tak tahu, yang paling last tu pendaki berdepan risiko tinggi

 

Tahukah anda lebih 5 dekad yang lalu, ribuan manusia tidak kira lelaki atau perempuan sudah cuba untuk menawan puncak Gunung Everest?

Meskipun hadir dengan semangat membara, kurang 500 sahaja yang berjaya sampai ke atas.

Selebihnya mungkin berputus asa di tengah jalan ataupun terpaksa pulang akibat gangguan cuaca.

Namun paling menyedihkan, gunung bersalji itu turut menjadi tempat persemadian terakhir.

4 sisi gelap di sebalik aktiviti pendakian Gunung Everest

Melihat dengan mata kasar, siapa yang tidak terpesona dengan keindahan gunung ini?

Namun ketahuilah, lokasi ini sebenarnya menyimpan sisi gelap yang tidak diketahui ramai.

Ayuh kita singkap satu persatu ‘rahsia’ Gunung Everest.

Kawasan Rainbow Valley…Digelar ‘Kubur Yang Menanti Di Atas’

Dalam perjalanan ke atas, pendaki akan melalui satu kawasan bernama Rainbow Valley (Jalan Pelangi).

Di permukaan tanah bersalji, terdapat ratusan tubuh manusia ‘terkubur’ di situ setelah tewas ketika pendakian.

Atas, bawah, kiri dan kanan, sukar untuk elak terpandang jaket berwarna-warni.

Katanya, ada yang terpaksa tinggalkan rakan masing-masing ekoran proses menyelamat yang amat sukar.

Kedudukan bergelimpangan ini boleh berubah-ubah ekoran fenomena gelongsoran salji atau pencairan glasier.

Tubuh ‘Green Boots’ jadi petanda pendakian semakin hampir ke puncak

Green Boots a.k.a Tsewang Paljor, nama yang tidak asing lagi dalam ekspedisi pendakian Gunung Everest.

Dipercayai ‘tewas’ pada 1996, dia juga menjadi salah satu manusia yang terkubur di atas.

Badan Tsewang sudah terbenam ke dalam salji, hanya kasut hijaunya yang kelihatan.

Jika anda ternampak green boots sewaktu mendaki, maknanya tidak lama lagi akan sampai ke puncak Everest.

Tiada mood mahu ambil gambar, kamera mula membeku…Hanya sekejap saja di puncak

Hasil pendedahan  seorang atlet pendaki Scotland bernama Di Gilbert yang menyertai musim pendakian 2019, dia jujur mengatakan langsung tak merasa teruja apabila berjaya sampai ke puncak.

Terganggu dengan ‘pemandangan’ manusia yang tertanam di permukaan salji, Gilbert dan pendaki lain cuma habiskan masa kurang 10 minit sahaja sebelum turun semula.

“Anehnya, kami tak rasa mahu raikan kejayaan menawan Everest. Sepanjang melangkah turun, saya terganggu lagi sebab terpandang tubuh manusia untuk kali kedua.

Selesai ekspedisi, kami tak berborak langsung tentang kejayaan sampai puncak. Semua orang dalam keadaan tegang, cuba proses apa yang terjadi. Hanya selepas beberapa hari, barulah topik kejayaan itu dibualkan”

Puncak Everest (Dead Zone) rupanya kawasan paling berisiko untuk pendaki

Puncak Gunung Everest juga mendapat jolokan sebagai ‘Dead Zone’.

Mengapa?

Suhu di atas sangat-sangat rendah, nafas akan menjadi semakin laju dan pendaki perlu bergantung kepada tangki oksigen untuk bernafas.

Kesejukan yang melampau di altitud tinggi boleh menyebabkan pendaki sukar menghadam makanan, tidak selera makan, sukar tidur lena, fikiran mula bercelaru termasuklah halusinasi dan khayal.

Ia adalah simptom Hypoxia dan High-altitude cerebral edema (HACE).

Psikosis, pendaki mula khayal & dengar suara misteri

Kajian mendapati ada pendaki yang mendengar suara-suara halus serta ditemani seseorang selama berjam-jam.

Tapi selepas tiba di puncak, ‘rakan’ itu cumalah bayangan sahaja.

Situasi ini dinamakan ‘Sindrom Orang Ketiga’ seiring dengan fasa psikosis.

Seseorang sukar membezakan antara fantasi dan realiti, terkadang mendorong mereka lakukan perbuatan berisiko tinggi.