4 tahun berkahwin, suami terkilan dimadukan, isteri diam-diam nikah lain

4 tahun berkahwin, suami terkilan dimadukan, isteri diam-diam nikah lain

Poliandri iaitu amalan wanita bersuami lebih daripada satu adalah perkara yang dilarang dalam agama Islam. Impak paling besar sudah semestinya melibatkan keraguan tentang status anak jika si isteri mengandung nanti. Ia sekaligus bakal mencetuskan isu-isu serius berkaitan nasab anak-anak di masa hadapan.

4 tahun nikah, isteri didapati berkahwin lain..Rahaman seperti ‘dimadukan’

Terbaru berlaku di Kelantan, seorang lelaki mendedahkan rasa terkilan selepas mendapati isterinya berkahwin dengan lelaki lain secara diam-diam. Rahaman Mohamed Jaafar (47 tahun) berkata, dia dan wanita terbabit mendirikan rumah tangga di Narathiwat, Thailand pada 2019. Namun pada Januari 2023, isterinya tiba-tiba menghilangkan diri dan tidak lagi kembali ke rumah.

Rahaman tidak pernah menceraikan isteri

Pada Jun 2023, status perkahwinan mereka di Thailand akhirnya mendapat pengesahan nikah oleh pihak Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah. Perkahwinan itu juga sudah didaftarkan di Pejabat Agama Jajahan Tanah Merah secara rasmi. Menerusi media sosial, Rahaman bagaimanapun terkejut setelah mengetahui berita isterinya berkahwin lain. Hasil semakan lanjut, ternyata benar wanita berusia 32 tahun itu ada melakukan permohonan nikah di Pejabat Agama Besut, Terengganu pada April 2023.

 

 

Rahaman mendakwa isterinya gunakan surat cerai dengan suami terdahulu untuk kahwin dengan suami sekarang

Dalam kemelut ini, si isteri pula mendakwa sudah menerima lafaz cerai talak 3. Namun Rahaman tegas menafikan tuduhan itu lalu pihak mahkamah memberinya masa 14 hari untuk sumpah laknat penafian. Setelah Rahaman memfailkan faraq nikah (bubar nikah), mahkamah mengeluarkan perintah faraq sementara waktu di mana si isteri dan suami baru tidak boleh tinggal serumah buat masa sekarang.