40 minit ditinggalkan, budak menangis dalam kereta berpeluh sampai pucat

40 minit ditinggalkan, budak menangis dalam kereta berpeluh sampai pucat

Tular sebuah video dimuat naik seorang pengguna media sosial X dikenali Arif Ijat yang memaparkan seorang kanak-kanak ditemui menangis seorang diri akibat kepanasan di dalam sebuah kereta.

Sanggup biarkan budak kecil dalam kereta

Difahamkan, kanak-kanak lelaki tersebut ditinggalkan oleh orang dewasa di dalam kereta tersebut dengan membiarkan enjin kenderaan dimatikan dan cermin bahagian depan dibuka sedikit.

Apa yang membuatkan individu berkenaan kesal dan terkilan adalah kanak-kanak terbabit dibiarkan seorang diri di dalam keadaan cuaca panas.

“Tengok, aku jumpa tadi. Budak menangis dalam kereta, berpeluh sampai pucat. Enjin mati, kemudian dibiarkan tingkap depan sahaja dibuka sedikit. Gila apa la, tinggalkan anak dalam kereta dalam keadaan panas seperti ini,”ciapnya.

Hampir 40 minit tunggu, sampai terpaksa pecahkan cermin kereta

Dalam hantaran seterusnya, individu berkenaan mendedahkan hampir 40 minit dirinya menunggu pemilik kenderaan terbabit datang, namun hampa.

Susulan itu, dia terpaksa memohon bantuan orang ramai yang berada di lokasi kejadian dan terpaksa memecahkan cermin kereta bagi menyelamatkan kanak-kanak yang terperangkap dalam kereta.

“Dekat 40 minit aku di situ, tiada pun ibu bapanya datang. Jadi, aku meminta pertolongan orang ramai. Info terkini, budak tu selamat. Kami pecahkan cermin dan bawa budak tu tinggal di klinik berhampira
“Dekat 40 min aku kat situ takde pon parents dia datang. So aku mintak tolong orang ramai. Latest update budak tu selamat. Kitorang pecahkan cermin and membawa budak itu tinggal di klinik,”jelasnya.

Ibu bapa dia pergi ke mana?

Seperti dijangka, ramai meluahkan rasa berang dan marah dengan sikap ibu bapa atau penjaga kanak-kanak tersebut kerana tergamak meninggalkan seorang budak kecil seorang diri dalam kereta.