5 alasan yang perlu rakyat Malaysia tahu kenapa Dr. Maszlee layak dilantik mnjadi Menteri Pendidikan

5 alasan yang perlu rakyat Malaysia tahu kenapa Dr. Maszlee layak dilantik mnjadi Menteri Pendidikan

Seorang pakar pendidikan tanah air tampil memberikan alasan kenapa Dr. Maszlee Malik merupakan calon paling layak mengisi kekosongan di kerusi kabinet Kementerian KPM.

Pensyarah Kanan Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad menghuraikan alasannya menamakan Maszlee di dalam hantaran FB miliknya hari ini.

Bila berulang kali ditanya siapakah calon Menteri Pendidikan pilihan saya, secara konsisten saya akan menjawab Dr Maszlee Malik

Mengapa?

(1) Ketika ini, murid-murid kita sangat memerlukan Pemulihan Pendidikan. Sistem pendidikan negara huru-hara sejak pandemik melanda. Ramai murid yang keciciran dan semakin merosot penguasaan pembelajaran. Ini memerlukan pemulihan segera. Jika dibiarkan jurang pencapaian pendidikan mereka akan melebar. Akhirnya jurang ekonomi rakyat akan ikut membesar. Sebab itu kita tak banyak masa. Dr Maszlee Malik telah mempunyai pengalaman di KPM. Saya yakin dengan segera beliau dapat mengambil tindakan pemuilihan pendidikan. Jika calon lain, tentunya perlu lebih masa untuk belajar dan memahami keadaan pendidikan negara. Sedangkan kita tidak banyak masa.

(2). Pada 2019, Dr Mazlee telah pun menyediakan Model Pendidikan Baru untuk negara. Model ini dibangunkan oleh sekumpulan pakar pendidikan, para guru-guru, ibubapa dan NGO pendidik. Maksudnya jika dilantik Dr Mazlee Malik sebagai Menteri Pendidikan, dengan segera pelaksanaan reformasi pendidikan dapat dilaksanakan menggunakan Model Baru Pendidikan Negara yang telah siap.

(3). Pelantikan Dr Mazlee Malik sebagai senator akan memberikan beliau peluang untuk beliau fokus sepenuhnya kepada isu pendidikan dan bukan politik. Ini satu hikmah yang besar untuk memastikan Pemulihan Pendidikan Negara dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

(4). Rata-rata warga pendidik dan ibubapa mengharapkan Dr Maszlee Malik kembali memimpin mereka sebagai Menteri Pendidikan. Guru-guru adalah barisan hadapan dan tulang belakang kejayaan sistem pendidikan negara. Sokongan kuat dari warga pendidik kepada Dr Maszlee Malik akan memperkukuhkan lagi usaha beliau untuk menjayakan pendidikan negara.

(5) Ini adalah pandangan peribadi saya sebagai pemerhati pendidikan negara. Setiap orang tentunya mempunyai pandangan masing-masing. Apa juga pandangan yang diberikan itu hanyalah sekadar pandangan sahaja. YAB Perdana Menteri DSAI tentunya mempunyai aspirasi dan kebijaksanaan dalam membuat keputusan yang terbaik demi pendidikan negara.

Sementara itu, media arus perdana melaporkan Perdana Menteri dijadualkan akan membuat pengumuman senarai penuh lantikan kabinet perpaduannya petang ini.