5 barang harian yang dicipta orang Malaysia sendiri, yang last sekali tu selalu ada kat kedai mamak

5 barang harian yang dicipta orang Malaysia sendiri, yang last sekali tu selalu ada kat kedai mamak

 

Kadang-kadang bila kita guna barang-barang yang memang dah ada kat rumah, kita memang tak ambil tahu siapa yang cipta barang tu.

Jadi bila korang tengok senarai barang kat bawah ni mesti korang terkejut bila dapat tahu sebenarnya barang-barang ni telah dicipta sendiri oleh orang Malaysia tau! Jom terkejut sama-sama!

1. Tembok Nehemiah

Fry9Zfuaqaaxh 1

Kalau korang perasan, dekat flyover-flyover yang ada dekat Malaysia ni terdapat tembok berbentuk heksagon telah dibina untuk menahan tanah.

Ciptaan bijak ini telah dibina oleh orang Malaysia sendiri tau dan ia telah digunapakai di negara-negara lain seperti Singapura, Australia dan Hong Kong.

Pencipta tembok Nehemiah ini adalah Dr Nehemiah Lee yang telah bekerja dengan Reinforced Earth telah membangunkan konsep jurutera Perancis dan arkitek Henri Vidal.

Dia kemudiannya telah menukarkan konsep tersebut kepada sistem kejuruteraan dengan menggunakan tanah dalam pembinaan.

Kelebihan tembok ini adalah, reka bentuknya boleh menampung kemampatan tanah yang berlainan di sepanjang tembok yang dibina berbanding tembok konkrit biasa yang tak boleh menampung dan akan retak.

2. Pemegang berus gigi Flipper

3Fbfbf73Bfe49C940D1Fdfd17E777F0F

Pemegang berus gigi Flipper yang boleh dilekatkan pada dinding dan cermin ini telah digunakan oleh ramai orang di seluruh dunia.

Pemegang berus gigi Flipper ini membolehkan penggunanya untuk meletakkan berus gigi di tempat tertutup dan penutupnya boleh dibuka dan ditutup dengan mudah.

Pencipta alat ini merupakan orang Malaysia bernama Goo Yock Tee. Ciptaan ini bermula apabila mereka cuba untuk menyelesaikan masalah bagaimana untuk menyimpan berus gigi secara bersih dan mudah.

Berus gigi perlu sentiasa ditutup dan pemegangnya pula mestilah boleh dibuka dan ditutup dengan mudah tanpa perlu memegang berusnya.

Flipper akhirnya dicipta dan telah digunakan di seluruh dunia serta memenangi beberapa anugerah ekoran reka bentuknya yang bagus.

3. Pendrive

Untitled Design 46 1 1024X608 1

Masa korang belajar dulu, pendrive merupakan penyelamat korang kan? Kat situlah tempat kita nak simpan semua assignments yang dah siap untuk dicetak. Kalau tiba-tiba pendrive ni rosak, menangis oi!

Tapi siapa sangka, rupanya alat kecil yang pernah jadi satu benda yang penting dalam kehidupan kita ni sebenarnya dicipta oleh orang Malaysia?

Pua Khein Seng merupakan pencipta pemacu USB yang boleh menyimpan data dengan menggunakan interface USB.

Pua Khein Seng telah meninggalkan Malaysia untuk menyambung pelajaran dalam bidang elektrik dan jurutera kawalan di Universiti Chiao Tung, Taiwan.

Ketika di tahun ketiga, dia telah membuat kajian tentang teknologi flash memory dan bersama empat orang lain, mereka telah mengeluarkan pendrive pertama di dunia lengkap dengan teknologi system-on-chip pada tahun 2001.

4. Loom bands

Main Cheong Choon Ng.jpg

Gelang yang diperbuat dari getah ini telah menjadi popular di luar negara di sekitar tahun 2012. Malah, Princess Kate sendiri pernah dilihat memakai gelang getah yang dikenali sebagai loom band ini.

Kalau korang nak tahu, loom band ini telah dicipta oleh anak Malaysia, Cheong Choon Ng yang telah berhijrah ke Amerika Syarikat. Dia mendapat idea untuk mencipta gelang ini selepas melihat dua anaknya membuat gelang menggunakan getah.

Ng yang melihat perkara ini mula mengingati permainan lompat tali yang pernah dia main ketika di Malaysia dulu dengan membuat tali tersebut menggunakan getah yang disambung.

Dia kemudiannya telah berjaya membuat gelang berwarna warni yang dibawa oleh dua anaknya ke sekolah. Selepas itu, ramai kanak-kanak telah meminta dia untuk buat gelang yang sama untuk mereka sebelum anak perempuan sulungnya mencadangkan dia untuk menjual gelang tersebut.

Ng telah menghabiskan masa selama enam bulan untuk menyiapkan produk tersebut dengan mereka sebagai 28 design berbeza.

Dia dan anak-anaknya telah membuat video cara-cara membuat gelang getah di YouTube dan ditonton oleh berpuluh juta orang.

Kejayaan besarnya datang pada tahun 2012 apabila seorang pemilik Learning Express Toys Franchise telah memesan sebanyak 48 kit sebelum ia menjadi popular di seluruh dunia.

Kini, Rainbow Loom telah pun terjual sebanyak lebih tiga juta dan Ng telah mempunyai kilang sendiri bersama 14 pekerja.

5. Mesin rebus telur

Egg Boiler2

Kalau korang pergi mana-mana kedai mamak atau kopitiam, korang mesti akan nampak dorang guna mesin rebus telur untuk buat telur setengah masak kan? Bukan tu je, sekarang ni pun banyak rumah yang gunakan mesin ni.

Kalau korang nak tahu, mesin rebus telur ini telah dicipta oleh Hew Ah Kow. Dia telah mencipta mesin ini selepas beberapa kali kecewa kerana sering mendapat telur setengah masak yang terlebih masak.

Ekoran ini, Hew telah mula mencari cara untuk memasak telur setengah masak dengan sempurna. Dia kemudiannya mencipta mesin yang diperbuat dari plastik ini dan menjadikan ia lebih efektif dengan membolehkan seseorang itu hanya meletak air panas dan biarkan mesin tersebut untuk masak telur tersebut dengan sendiri.