5 tabiat ini buat aircond kereta cepat rosak, antaranya matikan enjin secara mengejut

5 tabiat ini buat aircond kereta cepat rosak, antaranya matikan enjin secara mengejut

 

Siapa kata aircond kereta susah nak rosak? Kalau anda tak tutup tingkap kereta semasa aircond terpasang, macam-macam boleh jadi.

Antaranya aircond jadi kurang sejuk dan melibatkan kos yang tinggi ketika anda ingin menyelenggarakannya. Sudahnya anda sendiri yang pening kepala nak mmbayar bil selenggaran kereta yang tinggi.

Bagi mengelakkan aircond kereta anda cepat rosak, pastikan anda ubah tabiat buruk dan adab semasa berada di dalam kenderaan.

Tidak kiralah apa jua kenderaan, sebagai individu yang akan berada di dalamnya pastikan anda elak 5 perkara ini.

1. BUKA TINGKAP SEMASA AIRCOND TERPASANG

Antara kebiasaan yang sering kita buat adalah membuka tingkap kereta terlalu lama biarpun ketika itu aircond masih terpasang.

Tindakan ini menyebabkan kompresor terpaksa beroperasi lebih dari biasa untuk mendapatkan suhu yang ideal, padahal tanpa sedar kita sedang membuka ruang yang sangat besar.

Jika berlarutan, tidak mustahil aircond dalam kenderaan anda mudah dan cepat rosak.

2. BIARKAN KABIN TERLALU BERSEPAH

Ketahuilah jika anda membiarkan sampah dan kotoran bersepah dalam kabin, ia bukan sahaja menyebabkan kenderaan anda nampak bersepah malah debu juga boleh melekat secara berterusan.

Faktor ini memberi kesan kepada aircond kerana debu dan habuk yang terhasil akan masuk dan keluar dari penapis aircond sekali gus membuatkan komponen itu mudah untuk rosak.

3. MEROKOK SESUKA HATI

Jangan biasanya diri untuk merokok sesuka hati termasuk semasa berada dalam kenderaan. Ini kerana asap serta debu dari rokok berisiko untuk tembus ke bahagian penapis udara dan pengaliran tersebut menyebabkan penapis jadi cepat kotor kerana habuk. Akibatnya, tahap kesejukan aircond dalam kenderaan menjadi tidak optimum.

4. MATIKAN ENJIN SECARA MENGEJUT

Sebelum matikan enjin, sila tutup aircond terlebih dahulu. Jika tidak, semasa mahu hidupkan enjin, aircond terpaksa bekerja secara automatik.

Anda perlu tahu bahawa bateri antara terbeban untuk beroperasi semasa enjin dihidupkan. Disebabkan prestasi bateri tidak begitu maksimum, arus elektrik yang terhasil akan jadi kurang stabil dan perkara ini seterusnya mempengaruhi pengaliran elektrik bagi aircond.