“5 tahun bawa beban, akhirnya bercerai juga” – Posting ‘paid review’ cerai dari lemak Hafidz Roshdi undang tanda tanya

“5 tahun bawa beban, akhirnya bercerai juga” – Posting ‘paid review’ cerai dari lemak Hafidz Roshdi undang tanda tanya

 

Sebentar tadi, kita dikejutkan dengan berita penceraian pelakon Hafidz Roshdi yang dikatakan sudah menjatuhkan talak satu terhadap isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri bersaksikan keluarga.

Posting ‘paid review’ cerai dari lemak Hafidz Roshdi

Susulan daripada itu, netizen telah ‘berpusu-pusu’ meninggalkan komen di posting terbaru Hafidz dengan mengatakan bahawa mereka hadir daripada Facebook.

 

Apa yang menarik perhatian ramai adalah posting ‘paid review’ Hafidz berkaitan produk pelangsingan tubuh yang menjadi dambaaan kebanyakan wanita di luar sana terhadap penjagaan fizikal.

Menerusi hantaran tersebut, ‘copywriting’ di tulis di ruangan kapsyen tersebut menyatakan dia sudah lama menanggung beban dan akhirnya ‘bercerai’ juga daripada lemak.

Kapsyen mengundang betul!

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa tidak puas hati apabila Hafidz sanggup mengambil ‘paid review’ yang menggunakan ayat sensitif lebih-lebih lagi melibatkan ‘cerai’.

Mereka berpendapat, perkataam yang digunakan oleh aktor berusia 28 tahun itu agak keterlaluan memandangkan ketika itu sedang ‘hangat’ isunya berlaku curang di belakang isteri.

Kira ‘hint’ ceraikan isteri lah kan?

Tidak kurang juga ada yang mengatakan posting berkenaan seakan memberi bayangan bahawa Hafidz tekad menceraikan isterinya setelah bertahun hidup bersama.

Betul ke dah ceraikan isteri?

Selain itu, ada juga meninggalkan soalan kepada Hafidz sama ada dia sudah menceraikan isterinya selepas mendapat tahu daripada media.

Terdahulu, portal melaporkan pelakon drama Tundukkan Playboy Itu menceraikan isterinya dengan talak satu dengan bersaksikan ahli keluarga.

Bukan itu sahaja, Nurul Shuhada dikatakan bakal memfailkan perceraian pada 1 Mac ini yang juga jatuh pada hari kelahiran ibu kepada dua orang cahaya mata.

Sekadar info, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2.