5 tahun berturut-turut pegang gelaran ‘Raja Jalanan’, akhirnya Myvi tewas kepada Bezza

5 tahun berturut-turut pegang gelaran ‘Raja Jalanan’, akhirnya Myvi tewas kepada Bezza

 

SELEPAS lima tahun berturut-turut memegang gelaran ‘Raja Jalanan’ dengan mendominasi kedudukan pertama kereta paling laris di Malaysia sejak 2018 sehingga 2022, Perodua Myvi akhirnya tewas dengan pesaingnya, Perodua Bezza bagi tahun 2023.

Menerusi data diterbitkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sebanyak 56,735 unit Perodua Bezza didaftarkan pada tahun 2023, sekali gus mengatasi jumlah Perodua Myvi yang hanya merekodkan 45,014 unit.

Selain itu, di tempat ketiga kereta paling laris dibeli oleh penduduk Malaysia tahun lalu adalah Perodua Axia (44,722 unit), diikuti Proton Saga (44,696 unit) dan Perodua Alza (23,390 unit).

Dalam pada itu, Perodua, Proton, Toyota, Honda dan Mitsubishi adalah lima jenama utama pilihan pengguna di Malaysia bagi tahun 2023.