5 tahun suami ‘lepas tangan’, isteri berjaya tuntut nafkah tertunggak hampir RM70K

5 tahun suami ‘lepas tangan’, isteri berjaya tuntut nafkah tertunggak hampir RM70K

 

Sejak kebelakangan ini, sering kali kita dengar berita mengenai suami tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan betul dan sering lepas tangan apabila berkaitan dengan nafkah.

Melalui perkongsiaan seorang peguam, kliennya berjaya menuntut nafkah yang tertunggak sebanyak RM70 ribu.

Bukan saja reda dengan keputusan yang telah ditetapkan oleh pihak mahkamah, bekas suami turut memohon maaf kepada wanita terbabit kerana pengabaian itu.

Biarpun sudah berpisah, si isteri mengambil tindakan memfailkan saman kerana mahu membuktikan wujudnya isu ‘lepas tangan’ soal nafkah sepanjang 5 tahun perkahwinan mereka.

Peguam wanita itu sempat menasihati kaum isteri untuk tidak menunggu proses talak jika mahu menuntut nafkah yang tertunggak daripada suami masing-masing.

Perkara itu diberitahu kerana tidak mahu si suami rasa ia merupakan signal wanita reda dengan perkara yang berlaku.

Rata-rata netizen yang membaca hantaran terbabit meluahkan rasa syukur serta tumpang gembira kerana kejayaan berpihak kepada si isteri yang ‘terseksa’ sewaktu berkahwin.