6 orang maut terbelit tali layang-layang

6 orang maut terbelit tali layang-layang

 

Sebuah festival layang-layang sempena perayaan Uttarayan di Gujerat, India bertukar tragedi selepas enam orang maut kerana leher mereka berbelit dengan tali permainan itu.

3 dewasa, 3 kanak-kanak terkorban

Berikutan insiden yang berlaku pada hujung minggu lalu itu, pihak polis mengesahkan bahawa 176 orang mengalami kecederaan manakala tiga orang lelaki serta tiga kanak-kanak maut akibat tragedi tersebut.

Difahamkan, ianya berlaku selepas orang ramai berpusu-pusu berkumpul di bahagian teres dan bumbung bangunan untuk melihat perayaan yang diadakan sebelum beberapa tali tajam layang-layang membelit leher mangsa.

Disebabkan itu, keenam-enam mereka mati dalam keadaan yang ngeri seperti yang dilaporkan oleh seorang pegawai dari Bortalav.

Sempat terima rawatan awal

Kebanyakan mangsa mati dalam keadaan yang sama apabila mereka berbelit tali layang-layang di bahagian leher.

Seorang kanak-kanak berusia dua tahun meninggal dunia sebaik saja menerima rawatan di hospital selepas terjerut tali semasa membonceng skuter bersama bapanya.

Sementara itu, kanak-kanak berusia tiga tahun yang berada dalam perjalanan untuk pulang ke rumah disahkan meninggal dunia sebaik saja tiba di pusat perubatan.

Menurut pasukan keselamatan, dalam 176 mangsa yang cedera, seramai 130 orang mengalami luka dan 46 lagi tercedera gara-gara terjatuh dari ketinggian kawasan sekitar festival itu.