9 remaja antara 17 orang ditahan sertai pesta seks liar, Idris digesa tinggalkan dulu isu jam Buruj

9 remaja antara 17 orang ditahan sertai pesta seks liar, Idris digesa tinggalkan dulu isu jam Buruj

17 individu termasuk sembilan remaja ditahan semalam dipercayai mengadakan ‘private party’ dalam serbuan ke atas dua unit kondominium di Persiaran Sungai Melaka, Melaka.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Mohd Sukri Kaman berkata, mereka yang ditahan berusia dari 17 hingga 35 tahun itu dipercayai sedang berhibur selain terdapat beberapa botol minum keras di atas meja.

“Hasil daripada serbuan itu, seramai sembilan remaja termasuk dua remaja perempuan ditahan manakala serbuan di sebuah unit kediaman lain menahan lapan lelaki yang turut berhibur.

“Ujian saringan air kencing dijalankan mendapati, seorang individu berusia 19 tahun positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam kenyataan.

Polis turut merampas beberapa peralatan yang digunakan untuk tujuan penganjuran parti itu.

Sukri berkata, kedua-dua kumpulan itu dipercayai menyewa unit kondominium berkenaan dengan harga RM450 semalam semata-mata untuk berhibur.

Katanya, mereka yang ditahan dikompaun di bawah Peraturan 16 PU(A) 293 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDBP) (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6 Enakmen Hiburan Negeri Melaka dan individu positif dadah turut disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Merbahaya 1952.

Sumber – FMT