Terkini!!! Biarpun terpalit kontroversi, Pengerusi JK Bebas Darurat hadir ke Istana Negara menghadap Agong

Terkini!!! Biarpun terpalit kontroversi, Pengerusi JK Bebas Darurat hadir ke Istana Negara menghadap Agong

Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 Arifin Zakaria tiba di Istana Negara pada jam 9.45 pagi bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Memetik laporan Astro Awani, bekas ketua hakim negara itu dilihat memasuki Pintu 2 Istana Negara dengan menaiki kereta Proton Perdana berwarna hitam.

Sesi menghadap tersebut berlangsung selepas siri sembah maklum oleh 15 wakil ketua parti pada 9 Jun hingga 11 Jun sebelum berakhir semalam.

Sesi menghadap itu dipercayai bertujuan membincangkan keadaan darurat dan langkah-langkah memerangi pandemik Covid-19.

Selain Arifin, turut dijadual menghadap Sultan Abdullah hari ini ialah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Sebelum ini Pejabat Perdana Menteri memaklumkan bahawa Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 ditubuhkan mengikut Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

Jawatankuasa dipengerusikan oleh Arifin itu dianggotai pakar kesihatan awam, wakil parti politik pembangkang dan kerajaan, tokoh bidang pendidikan, kesihatan, keselamatan, ketenteraman awam, pentadbiran awam dan undang-undang, mufti serta wakil dewan perniagaan.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/15/pengerusi-jk-bebas-darurat-tiba-di-istana-negara/