Terkini!!! Biarpun terpalit kontroversi, Pengerusi JK Bebas Darurat hadir ke Istana Negara menghadap Agong
![Terkini!!! Biarpun terpalit kontroversi, Pengerusi JK Bebas Darurat hadir ke Istana Negara menghadap Agong Terkini!!! Biarpun terpalit kontroversi, Pengerusi JK Bebas Darurat hadir ke Istana Negara menghadap Agong](https://negaramerdeka.com/wp-content/uploads/2021/06/Tun-Arifin-Zakaria-Bernama.jpg)
Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 Arifin Zakaria tiba di Istana Negara pada jam 9.45 pagi bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Memetik laporan Astro Awani, bekas ketua hakim negara itu dilihat memasuki Pintu 2 Istana Negara dengan menaiki kereta Proton Perdana berwarna hitam.
Sesi menghadap tersebut berlangsung selepas siri sembah maklum oleh 15 wakil ketua parti pada 9 Jun hingga 11 Jun sebelum berakhir semalam.
Sesi menghadap itu dipercayai bertujuan membincangkan keadaan darurat dan langkah-langkah memerangi pandemik Covid-19.
Selain Arifin, turut dijadual menghadap Sultan Abdullah hari ini ialah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Sebelum ini Pejabat Perdana Menteri memaklumkan bahawa Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 ditubuhkan mengikut Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.
Jawatankuasa dipengerusikan oleh Arifin itu dianggotai pakar kesihatan awam, wakil parti politik pembangkang dan kerajaan, tokoh bidang pendidikan, kesihatan, keselamatan, ketenteraman awam, pentadbiran awam dan undang-undang, mufti serta wakil dewan perniagaan.