Dikunjungi pegawai Maybank selesaikan urusan dipejabatnya, Dr Zaharudin anggap ‘double standard’ itu perkara biasa dalam bidang perniagaan
Pempengaruh kewangan Islam negara, Dr. Zaharudin sekali lagi menerima kecaman pengguna media sosial selepa menaikan hantaran baru di FBnya hari ini.
Ini susulan rungutanya [klik sini] terhadap pengurusan cawangan Maybank Islamic yang didakwanya menyusahkan pihak yang ingin berurusan meskipun selepas negara telah pun memasuki fasa endemik.
Dalam tulisan terbarunya, dia menulis..
Melihat kepada komen-komen dalam pengalaman saya dengan sebuah bank di status sebelum ini, kelihatannya ramai yang salah fokus dalam memahami isu terbabit, ramai mulanya faham, namun terpesong kepada isu ‘double standard’. Hakikatnya di sini, ‘double standard’ ini sudah menjadi norma dalam kehidupan dan ia sudah tidak lagi menjadi isu & sudah diterima rela. Bukan kita sokong tapi itulah yang berlaku di sekeliling kita. Sedar atau tidak, ‘Double standard’ juga, dalam isu ini, semua kata double standard, tapi dalam amalan sendiri dan lain-lain di bawah kita tidak pula menentang di media sosial??
– Bukahkah bisnes class dalam flight itu double standard? ya
– Bukankah murid-murid pandai dimasukkan ke kelas atau sekolah pandai itu double standard? ya
– Bukankah layanan istimewa kepada orang bergelar & berpangkat itu double standard? ya
– Bukankah layanan istimewa pelanggan sanggup bayar mahal di hospital swasta itu double standard? ya
– Bukankah layanan istimewa terhadap menteri, orang kenamaan dan kerabat di tempat awam itu double standard? ya
– Bukankah pangkat-pangkat di ofis dan syarikat anda berkeja dan menerima pakej imbuhan berbeza itu juga double standard? ya
Malah dalam kehidupan semasa kalian pun tentunya banyak berlaku double standard, dalam berkawan, di tempat kerja, di majlis sosial etc.
Jadi sejak bila yang kalian rasa isu double standard oleh pengurus bank yang datang bertemu saya untuk selesaikan isu saya sebagai isu besar? dalam bisnes, double standard layanan adalah norma biasa. Malah bank adalah kelas lagi untuk pelanggan mereka seperti premier dan lain-lain, yang boleh beurusan cepat. hampir semua bank ada pakej ini. Pegawai bank ini datang pun bukan hanya urus akaun tapi juga explore beberapa peluang bisnes untuk mereka melalui produk-produk untuk pelbagai syarikat-syarikat saya.
Ye betul, Double standard tidak boleh dalam dakwah tapi dalam bisnes ia biasa dan diterima umum.
Isu utama dalam komentar saya adalah kenapa bank tersebut TIDAK MAMPU MEMBUAT PENAMBAHBAIKAN BAGI MEMUDAHKAN PELANGGAN buka akaun guna online untuk syarikat. Bagi pelanggan yang celik IT, mereka pasti mampu gunakannya, dan ia akan mengurangkan kesesakan di cawangan.
Zaman orang berbincang soal Ai, Blockchain, NFT, meta verse, robo advisory namun bank yang untung besar ini masih terkial-kial memudahkan pelanggannya. Itu isunya, jika isu teknologi ini dpata ditangani, isu double standard layanan pun akan berkurangan sebenarnya.
Malah, netizen yang pada mulanya bersimpati bertukar nada selepas hantaran terbarunya dimuatnaik.