Antara 2 darjat, bank hubungi ‘influencer’ mohon maaf tidak sampai 2 jam ditular
Pempengaruh kewangan Islam, Dr. Zaharuddin Abdul Rahman hari ini memuat naik status mempertikai layanan birokrasi pihak Maybank Islamic ketika dia berurusan di pusat kewangan tersebut hari ini.
Tulisnya di FB…
Sedih tengok prestasi bank terbesar Malaysia ini. Di zaman 5 lesen digital bank dikeluarkan, zaman IT dan blockchain, harini saya sampai ke Maybank Islamik Taman Sri Gombak kerana ingin buka akaun syarikat, hanya diberi borang dan kena ‘halau’ balik oleh pemberi nombor giliran, katanya nak buka akaun syarikat mesti kena appointment online dulu.
Teruknya maybank, musim endemik dan banyak bank lain dah boleh walkin sahaja, rupanya maybank tak boleh lagi. Malah penjaga nombor bagitau ‘sebab ada seorang saja bekerja’.. seorang sahaja??
Dukacita memikir bagaimana bank yang terbesar dan untung berpuluh billion tapi servis sangat lembap begini.
Bagaimana lah nak cerita fintech, juara block chain tapi masih guna borang di cawangan pun bagi fotostat kelam ini (seperti gambar ini) dan pelanggan kena balik lepas susah-susah datang. Dalam seminar berprestij di hotel 5 bintang, pembentangan hal teknolog iterkini perbankan, seolah sudah mencapai tahap ‘bulan’, tapi hakikatnya di cawangan…??
We expect better from the biggest bank in Malaysia.
Hantaranya itu menerima lebih 11 ribu tanda suka dan hampir 1000 perkongsian.
Seperti biasa, apabila kes melibatkan pempengaruh, tidak sampai 2 jam hantaran tersebut dibuat, Dr. Zaharuddin memaklumkan telah dihubungi oleh pihak Maybank Islamic memohon maaf di atas kesukaran yang menimpanya ketika berurusan di pusat kewangan tersebut.
Dalam kemaskini terbarunya di FB, Dr. Zaharuddin menulis…
UPDATE : Alhamdulillah dah dihubungi oleh Maybank Taman Sri Gombak. Efisyen juga mereka..syukurr
Saya pun dah dapat buat appointment online untuk buka akaun syarikat, ikut prosedur kerana saya pun rakyat marhaen. Cuma cadangan kepada HQ dan semua branch adalah kekal untuk mereka mengemaskan prosedur dan digitalisasi pembukaan akaun, mengurangkan keperluan hadir fizikal tahap minimum. Invest dalam penambahbaikan sistem & teknologi.
Terima kasih Maybank Islamic Sri Gombak kerana agak cepat respon. Berdoa agar semua kita dapat perhatian dari para petugas bank terbesar di Malaysia milik bumiputra ini.
Perkara tersebut mendapat reaksi pelbagai pengguna sosial. Dalam komen yang sempat dibaca, ramai yang sedih dengan layanan antara dua darjat pihak kewangan tersebut.