Syamsul Yusof akhirnya mengaku dah nikah dengan Ira Kazar di Thailand

Pengarah terkenal, Syamsul Yusof hari ini mengaku sudah sah berkahwin dengan Ira Kazar berwalikan bapanya sendiri iaitu pelakon veteran Kazar Saisi di Thailand.
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Syamsul meluahkan rasa syukur dia dan Ira telah sah bernikah secara rasminya pada 6 Januari 2023.
Jelasnya lagi, Pelakon Puteri Sarah juga masih sah bergelar isterinya.