Syamsul Yusof akhirnya mengaku dah nikah dengan Ira Kazar di Thailand

Syamsul Yusof akhirnya mengaku dah nikah dengan Ira Kazar di Thailand

 

Pengarah terkenal, Syamsul Yusof hari ini mengaku sudah sah berkahwin dengan Ira Kazar berwalikan bapanya sendiri iaitu pelakon veteran Kazar Saisi di Thailand.

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Syamsul meluahkan rasa syukur dia dan Ira telah sah bernikah secara rasminya pada 6 Januari 2023.

Jelasnya lagi, Pelakon Puteri Sarah juga masih sah bergelar isterinya.

Dalam hantaran itu, pengarah ini berkata dia tak mahu membelakangkan keluarga dalam keputusan yang dibuatnya ini. Apa yang paling penting baginya perkahwinan kedua ini sah di sisi syarak.

Saya harapkan doa baik-baik daripada kedua ibu bapa saya, adik beradik saya, sepupu sepapat saya.

Syamsul memohon Puteri Sarah pulang ke pangkuannya untuk berbincang mengenai isu rumahtangga yang tercetus di antara mereka.

Hari ini baru saya sah bernikah dengan Ira Kazar.

Dia mahu berbincang secara baik dan tak mahu saling mengaibkan di media sosial masing-masing. Katanya lagi, apa yang dilakukan isterinya seolah-olah memberi persepsi tak baik mengenai dirinya.