Amyra Rosli kena scam lebih RM240k, setahun tunggu rumah ibu ayah siap renovate, “Ini hasil yang saya dapat?”
Pelakon dan pengacara jelita, Amyra Rosli meluahkan rasa terkilan dan kecewa apabila menjadi mangsa tipu oleh sebuah syarikat pereka dalaman yang sepatutnya bertanggungjawab menyiapkan renovasi rumah orang tuanya.
Dah bayar lebih RM240,000, sabar tunggu hampir setahun
Amyra atau nama sebenarnya, Nur Amira Izzati Rosli mendedahkan sudah membuat pembayaran lebih RM240,000 kepada syarikat berkenaan, namun sehingga kini masih tiada sebarang perkembangan positif mengenainya.
“Saya gunakan khidmat pereka dalaman dari sebuah syarikat ** ini, kononnya dapat memudahkan dan mencantikkan rumah mama ayah saya.
“Selepas membuat bayaran lebih RM240,000 dan hampir setahun kami menunggu dan sabar dengan segala alasan dari mereka,”luahnya.
Dahlah tak siap, rumah makin rosak!
Bukan setakat tiada perubahan positif, malah keadaan bangunan rumah tersebut juga dikatakan semakin teruk ‘dikerjakan’.
“Inilah hasil yang saya dapat …semakin rosak bangunan rumah mama ayah,”
Ramai terkena, betul-betul aniaya orang…
Dalam hantaran sama, Amyra yang juga isteri kepada pelakon Amar Bahrin menceritakan sudah ramai orang turut menjadi mangsa penipuan oleh syarikat berkenaan.
“Banyak juga saya dengar, ramai yang terkena dengan mereka, ambil projek banyak dan dibiarkan terbengkalai.
“Astaghafirullahazim, berani betul aniaya orang di dunia,”ujarnya.
Pun begitu, Amyra pasrah dan reda dengan nasib yang diterimanya, serta menganggap ada hikmah terjadi disebalik segalanya.
“Tidak mengapalah, kita serahkan semua pada Allah, itu yang terbaik saya rasa. Dunia pun dah tenat, tak lama dah pun korang boleh ‘kencing’ orang sana sini.
“Dan sekarang saya perlu mula dari garisan permulaan dek kerana penipuan mereka. Sedih tapi alhamdulillah, mungkin ini ada hikmah disebaliknya,”luahnya.
Akhir hantaran, Amyra menitipkan kata-kata semangat dan berjanji akan berusaha menyiapkan renovasi rumah ibu bapanya secepat mungkin.