Search

Negara Merdeka

Negara Merdeka

Amyra Rosli kena scam lebih RM240k, setahun tunggu rumah ibu ayah siap renovate, “Ini hasil yang saya dapat?”

February 8, 2023 12:00 pm
Amyra Rosli kena scam lebih RM240k, setahun tunggu rumah ibu ayah siap renovate, “Ini hasil yang saya dapat?”

 

Pelakon dan pengacara jelita, Amyra Rosli meluahkan rasa terkilan dan kecewa apabila menjadi mangsa tipu oleh sebuah syarikat pereka dalaman yang sepatutnya bertanggungjawab menyiapkan renovasi rumah orang tuanya.

Dah bayar lebih RM240,000, sabar tunggu hampir setahun

Amyra atau nama sebenarnya, Nur Amira Izzati Rosli mendedahkan sudah membuat pembayaran lebih RM240,000 kepada syarikat berkenaan, namun sehingga kini masih tiada sebarang perkembangan positif mengenainya.

“Saya gunakan khidmat pereka dalaman dari sebuah syarikat ** ini, kononnya dapat memudahkan dan mencantikkan rumah mama ayah saya.
“Selepas membuat bayaran lebih RM240,000 dan hampir setahun kami menunggu dan sabar dengan segala alasan dari mereka,”luahnya.

Dahlah tak siap, rumah makin rosak!

Bukan setakat tiada perubahan positif, malah keadaan bangunan rumah tersebut juga dikatakan semakin teruk ‘dikerjakan’.

“Inilah hasil yang saya dapat …semakin rosak bangunan rumah mama ayah,”

Ramai terkena, betul-betul aniaya orang…

Dalam hantaran sama, Amyra yang juga isteri kepada pelakon Amar Bahrin menceritakan sudah ramai orang turut menjadi mangsa penipuan oleh syarikat berkenaan.

“Banyak juga saya dengar, ramai yang terkena dengan mereka, ambil projek banyak dan dibiarkan terbengkalai.
“Astaghafirullahazim, berani betul aniaya orang di dunia,”ujarnya.

Pun begitu, Amyra pasrah dan reda dengan nasib yang diterimanya, serta menganggap ada hikmah terjadi disebalik segalanya.

“Tidak mengapalah, kita serahkan semua pada Allah, itu yang terbaik saya rasa. Dunia pun dah tenat, tak lama dah pun korang boleh ‘kencing’ orang sana sini.
“Dan sekarang saya perlu mula dari garisan permulaan dek kerana penipuan mereka. Sedih tapi alhamdulillah, mungkin ini ada hikmah disebaliknya,”luahnya.

Akhir hantaran, Amyra menitipkan kata-kata semangat dan berjanji akan berusaha menyiapkan renovasi rumah ibu bapanya secepat mungkin.



Popular

Kecoh nak juga keluar duit KWSP untuk beli barang sekolah anak, sekali netizen balas mana hilang duit bantuan RM150

Kecoh nak juga keluar duit KWSP untuk beli barang sekolah anak, sekali netizen balas mana hilang duit bantuan RM150

Lelaki ini auto jadi kaya lepas jumpa duit RM400,000 bawah peti ais secondhand baru beli

Lelaki ini auto jadi kaya lepas jumpa duit RM400,000 bawah peti ais secondhand baru beli

Mata Ustaz Azhar Idrus tiba-tiba pandang ke atas masa ceramah cetus tanda tanya

Mata Ustaz Azhar Idrus tiba-tiba pandang ke atas masa ceramah cetus tanda tanya

Krisis rumah tangga Farid dan Diana: Akhirnya Ahirine buka mulut jelaskan semuanya

Krisis rumah tangga Farid dan Diana: Akhirnya Ahirine buka mulut jelaskan semuanya

“Ibu dedah satu rahsia lepas aku sah nikah dengan isteri, sejak dari hari itu aku langsung tak sentuh isteri”

“Ibu dedah satu rahsia lepas aku sah nikah dengan isteri, sejak dari hari itu aku langsung tak sentuh isteri”

Terkini

Diana Danielle dakwa Farid Kamil nak jaga air muka saja, dedah anak perempuan alami trauma

Diana Danielle dakwa Farid Kamil nak jaga air muka saja, dedah anak perempuan alami trauma

Ibu Neelofa kongsi ‘amalan’ Bismillah 787 kali, sekali Ustaz ini bidas balik

Ibu Neelofa kongsi ‘amalan’ Bismillah 787 kali, sekali Ustaz ini bidas balik

Kisah ‘Robin Hood’ Melayu yang ramai orang Malaysia tak tahu

Kisah ‘Robin Hood’ Melayu yang ramai orang Malaysia tak tahu

UMNO setuju bentuk kerajaan perpaduan di Melaka

UMNO setuju bentuk kerajaan perpaduan di Melaka

Farid Kamil bagi cincin dan bunga di mahkamah, Diana buang!

Farid Kamil bagi cincin dan bunga di mahkamah, Diana buang!


© 2020 negaramerdeka.com. All rights reserved.