7 benda yang perlu anda elak simpan di dalam kereta, ramai buat tapi tak tahu kesannya
Secara teori, terdapat dua jenis pemilik kereta yang wujud di dalam dunia ini – individu yang menjaga kebersihan kereta dan individu yang menyimpan kesemua barang di dalam kereta seolah-olah itu adalah rumah mereka.
Mereka yang gemar menyimpan barang di dalam kereta kebiasannya ialah individu yang sering memandu untuk pergi ke sesuatu tempat. Jadi, menyimpan barang-barang penting seperti kasut dan payung adalah efisyen dan menjimatkan masa.
Namun, tahukah anda tidak semua barang boleh disimpan di dalam kereta. Ada yang boleh membawa kepada kerosakan dan mudarat kepada pemilik kereta.
Berikut adalah senarai 7 barang yang tidak boleh disimpan di dalam kereta:
1. Power bank
Meskipun power bank merupakan satu gadget penting buat kita semua pada hari ini, namun jangan sesekali menyimpan barang elektronik ini di dalam kereta – terutamanya ketika cuaca panas.
Menurut laporan, cuaca di dalam kereta boleh mencecah 40 darjah celcius jika berada terus di bawah matahari. Haba yang panas boleh menyebabkan power bank rosak, dan jika anda tidak bernasib baik, ia boleh terbakar.
2. Air botol
Pada cuaca yang panas, suhu tinggi di dalam kereta boleh menyebabkan bahan kimia pada botol tersebar lalu mencemarkan air. Kajian menunjukkan air yang tercemar ini boleh membawa kepada penyakit seperti diabetes dan penyakit otot.
3. Ubat
Sesetengah orang gemar untuk menyimpan ubat seperti Paracetamol di dalam kereta untuk kegunaan jika sakit kepala ketika memandu.
Namun tahukah anda, suhu yang tinggi di dalam kereta boleh ‘merosakkan’ ubat dan membuatkan ia menjadi kurang berkesan.
4. Air tin
Cuaca panas yang melampau boleh menyebabkan air tin meletup jika dibiarkan terlalu lama. Cuba bayangkan kereta anda berlengas dengan air manis, pasti susah nak bersihkan dan hilangkan bau!
5. Penyembur wangi tin
Ramai yang gemar menyimpan penyembur wangi di dalam kereta untuk menyegarkan udara di dalam kereta. Namun, sama seperti air tin, suhu yang terlampau panas di dalam kereta boleh mengakibatkan penyembur wangi tin untuk meletup.
Malah, kejadian ini boleh mengakibatkan kecederaan yang tidak diingini.
6. Lighter
Buat perokok tegar di luar sana, jangan simpan pemetik api di dalam kereta meskipun ia kelihatan kecil dan tidak membahayakan. Pemetik api mengandungi bahan yang mudah terbakar dan suhu yang panas di dalam kereta boleh menyebabkan ia meletup lalu terbakar.
7. Barang kosmetik
Sesetengah wanita gemar untuk menyimpan barangan kosmetik seperti gincu di dalam kereta untuk memudahkan urusan mereka.
Seperti krayon, gincu juga boleh cair jika berada di sesuatu tempat dengan suhu yang tinggi. Cuba bayangkan gincu yang baru dibeli dengan harga ratusan ringgit terbazir begitu sahaja. Pedih!
Jadi, jangan simpan di dalam kereta!