Aaron Aziz difitnah sudah ‘meninggal dunia’, rupanya ini bukan pertama kali terjadi

Aaron Aziz difitnah sudah ‘meninggal dunia’, rupanya ini bukan pertama kali terjadi

 

Pelakon senior, Datuk Aaron Aziz meluahkan rasa terkilan selepas tular berita yang melaporkan dirinya sudah meninggal dunia.

Kali ke-2 meninggal

Menurut Aaron, berita sedemikian bukan pertama kali terjadi kepada dirinya apabila sebelum ini pernah berlaku perkara sama.

Kalau tak baca betul, nampak macam kali ke dua saya di ‘meninggalkan’ oleh blog-blog sedih seperti ini. Kali ketiga saya difitnah tahun ini.

Aaron berkongsi mengenai perkara itu di Instagram miliknya sambil memuat naik skrin tangkap layar memaparkan kenyataan palsu yang dikeluarkan oleh sebuah portal.

Dalam pada itu, Aaron atau nama lengkapnya Aaron Mustapha Aziz, 47, menyifatkan tindakan sedemikan adalah tidak lucu walaupun sekadar bertujuan mahu mempromosikan produk oleh segelintir pihak.

Apa masalah orang-orang ini? Atau anda rasa perkara sebegini lucu? Anak saya dua orang berada di luar negara, tolong lah fikir cara lain untuk tujuan promosi.