Aaron Aziz kongsi gambar bersama isteri, komen Jozlynn pula curi perhatian

Aaron Aziz kongsi gambar bersama isteri, komen Jozlynn pula curi perhatian

 

Umum mengetahui pelakon Aaron Aziz sekeluarga telah berada di Jepun sejak minggu lalu bagi menghadiri majlis konvokesyen putera sulungnya, Danish Anaqi yang berjaya memperoleh pra diploma di UWC ISAK, Karuizawa, Jepun.

“Semoga Abang Diberikan Kekuatan Untuk Menghalang….”

Apa yang mencuri perhatian adalah perkongsian Aaron di Instagram yang memuatnaik foto dirinya bersama isteri, Diyana Halik berserta kapsyen yang memberikan ‘hint’ bahawa isterinya akan membeli belah di negara matahari terbit itu.

“Masya Allah bila di Tokyo mula lah lentok lentok kepalanya. Semoga abang diberikan kekuatan untuk menghalang apa yang tak diingini.

Yang mana paling bahaya ya?. Itinerary Ma’am besar hari ini Shinjuku dan Shibuya. Tinggal pulak di Ginza. She always took my heart and money away.” – kapsyen Aaron di Instagram

Komen Johan Curi Perhatian!

Dalam pada itu, komen pelakon dan pelawak terkenal,Johan Raja Lawakpada hantaran Aaron turut mencuri perhatian, dengan menitipkan nasihat buat Aaron agar membuat persediaan mental di saat isteri menghabiskan duit suami.

“Ingat ye abang @aarondwiaziz mental tu perkukuhkan!! Awak tu suami!! Keras sikit!!. Buat sis ku yang cantik @diyanahalik awak tu isteri takpe habiskan duit suami.

Pastu doa bebanyak supaya dia banyak rezeki..Lentok tu kureng laa. Kena bagi manja lagikk..Tenung muka dia 😈🤣.” – komen Johan Raja Lawak

Apa komen anda?