Aaron Aziz nafi tunjuk pandai, mahu amankan keadaan “Salam Uqasha, kalau free call abang ye”

Aaron Aziz nafi tunjuk pandai, mahu amankan keadaan “Salam Uqasha, kalau free call abang ye”

Menerusi satu rakaman video, pelakon, Aaron Aziz dilihat tampil membuka mulut mengenai apa yang berlaku terhadap kes Kamal Adli.

Bukan nak masuk campur

Menurut Aaron, dia tidak mahu masuk campur mengenai apa yang sudah berlaku terhadap Kamal Adli ketika berada di Singapura. Tambah Aaron, video yang dilakukan itu sekadar mahu mengamankan keadaan.

Nak cerita sikit pasal kes Kamal Adli. Orang itu dah kena tangkap. Ada yang mengatakan jangan masuk campur. Bukan saya nak masuk campur. Saya pernah berada di mana apa yang Uqasha rasa dan apa yang Kamal rasa. Sebab masa saya mula berlakon di Malaysia, saya datang sini sebatang kara dan sehelai sepinggang. Tiada siapa pun yang tolong dan bantu.

Jadi, saya rasa macam nak tolong sebab saya tahu Uqasha tengah trauma. Sebagai seorang isteri kalau bukan dia, kalau benda itu berlaku dekat isteri saya, saya harap suatu hari nanti ada orang juga dapat membantu isteri saya.

Ujar Aaron, dia tidak mahu kes ini menjadi besar sehingga tercetus pergaduhan pada masa hadapan.

Saya tak nak kes ini menjadi besar sampai nanti artis Singapura kalau datang ke Malaysia kena pukul balik ke apa ke. Jadi saya harap benda itu tidak akan berlaku. Pihak berkuasa dah pun ambil tindakan.

Saya mohon kawan-kawan di seluruh Malaysia bersabar dan jangan ada perasaan marah. Saya cuma nak buat damage control sahaja. Saya nak amankan keadaan. Sebab dekat sini pun ada saja ramai artis dari Singapura dan bermaustatin di sini. Saya tak nak benda ni jadi isu itu sahaja.

Di akhir video, Aaron mendoakan supaya Uqasha sabar dan tabah menerima dugaan yang berlaku. Jelas Aaron, Kamal seorang lelaki yang baik.

Saya sedih mengenai apa yang berlaku terhadap Kamal.

 

 

Di ruangan komen, Aaron turut meminta Uqasha menelefon dirinya sekiranya pelakon ‘Setia Hujung Nyawa’ itu mempunyai masa.