“Abah biar je kawan baik dia buat tak elok kat aku, sekali sepupu aku dedah dia sendiri jadi mangsa abah aku”
Hai, nama aku Aili dan aku ingin menceritakan kisah aku pada kalian. Aku selalu membaca luahan dari confessor yang lain, lantaran terlalu banyak kisah berkenaan ayah yang t0ksik maka aku terpanggil untuk mencoretkan tentang Abah aku.
Coretan ini bukanlah untuk menjatuhkan atau mengaibkan tetapi sekadar luahan daripada seorang anak sulung yang terIuka. Aku mulakan dengan kisah aku seawal aku masih sekolah rendah, pada awalnya aku melihat Abah aku garang dan tegas sifatnya.
Sewaktu di awal usia aku, aku merasakan sikap Abah yang garang dan tegas itu adalah bertujuan untuk mendidik aku dan adik supaya menjadi insan yang berguna akan tetapi rupanya ia adalah sifat panas baran. Abah turut memarahi umi (emak aku) atas alasan yang kecil, jika aku dan adik berbuat nakal maka umi aku tidak akan terlepas dari herdikan dan cacian dia.
Terkadang jika dia pulang dari melakukan pekerjaan dia akan marah – marah kepada umi,aku dan adik tanpa sebab dan alasan yang tidak munasabah. Disebabkan itu, bila dia balik dari bekerja umi aku melarang aku dan adik mendekati dia takut diherdik.
Perangainya semakin menjadi apabila dia berhenti kerja, pada masa itu usia aku 12 tahun, perasaan malu mula tumbuh dalam diri aku kerana Abah aku tidak bekerja. Bila umi aku tanya alasan dia berhenti kerja, dia mengatakan bahawa majikannya menghinanya akan tetapi alasan sebenarnya adalah dia tidak ingin bekerja lagi di tempat itu.
Abah memberi tahu umi dia tidak bekerja tidak mengapa kerana umi ada perniagaan sendiri yang umi usahakan dan alasan ini lah dia pakai sehinggakan hari ini. Buat pengetahuan pembaca, Ya sehingga hari ini Abah aku tidak bekerja dan ditanggung sepenuhnya oleh umi.
Abah tidak melayan umi dengan selayaknya seorang isteri. Segala tanggungjawab dalam perihal persekolahan, perbelanjan harian dan bulanan semuanya digalas oleh umi. Apa yang Abah tahu, menonton TV, makan dan tidur.
Jika umi menegur dia maka umi akan dimaki dengan panggiIan yang kurang enak untuk didengar. Kalau waktu makan lagi menyakitkan hati, untuk pengetahuan pembaca, Abah aku suka makan dalam kuantiti yang banyak.
Umi suka berjimat cermat kerana keadaan ekonomi keluarga jadi umi akan memasak dalam kuantiti yang cukup – cukup sahaja, kadang – kadang kalau umi masak lebih akan disimpan untuk makan pada waktu lain pula.
Abah aku suka menghabiskan lauk yang umi simpan, jika dia melihat lauk sedikit akan disuruh umi aku untuk memasak lauk yang lain. Lapar dia mengalahkan orang yang bekerja, padahal dia goyang kaki sahaja di rumah.
Abah juga suka makan lauk – lauk yang sedap sahaja, kalau umi hanya merebus telur atau lauk ikan kering akan dimakan tetapi dalam keadaan meragam. Pernah sekali, umi memanggilnya untuk makan dan mengatakan lauk adalah telur rebus, sampai ke sudah dia tidak turun untuk makan jadi umi terpaksa goreng ikan walhal ikan itu untuk dimasak pada keesokkannya.
Dengar sahaja ada lauk ikan terus terpacak depan meja makan. Kalau umi masak benda – benda yang ringkas dikatanya umi pemalas padahal umi hanya ingin berjimat dan umi sibuk menguruskan kedai miliknya. Bagi aku dan umi lauk telur rebus sudah memadai bagi mengalas perut, telur rebus, dicicah dengan budu bertemankan ulam – ulaman sangat sedap YAAA kawan – kawan.
Selalunya umi kalau beIah tengah hari dan masak lauk ayam beIah malam mesti umi masak lauk simple atau lebihan lauk makan tengah hari. Abah selalu menghasut dan menfitnah umi kepada aku, kata Abah umi seorang isteri yang kuat meIawan, tidak taat pada suami dan suka melepak dengan kawan – kawan.
Segala keburukan umi diceritakan kepada aku. Segala salah dan silap dilemparkan kepada umi, pada awalnya aku mempercayainya dan semasa usia aku belasan tahun aku membenci umi kerana termakan dengan hasutan dan fitnah Abah.
Aku menjadi panas baran dan suka meIawan cakap umi, aku anggap umi aku seorang ibu yang gagal padahal dialah yang banyak menanggung tanggungjawab keluarga. Semasa aku melanjutkan pengajian di peringkat diploma pon Abah masih menghasut dan memfitnah umi, seperti kebiasaan aku termakan lagi dengan hasutan Abah.
Sehinggalah terjadi suatu peristiwa yang membuka mata, hati dan minda aku. Setelah aku menghabiskan diploma, aku telah ditawarkan untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah. Segala persiapan dibuat untuk aku melanjutkan pengajian, umi aku telah mengadakan majlis doa selamat sempena aku melanjutkan pengajian.
Jamuan itu dibuat sehari sebelum kami bertolak untuk mendaftarkan diri ke universiti. Segalanya berjalan dengan baik sehingga lah pagi untuk kami bertolak, berlaku pergaduhan di antara umi dengan Abah, Abah meminta wang daripada umi dalam jumlah yang banyak,
Katanya itu sebagai upah kerana dia banyak melakukan kerja untuk majlis doa selamat tersebut, bila umi memberi wang yang tidak sama dengan jumlah yang dia minta maka tercetus lah perang. Tidakkah dia berfikir umi memerIukan duit yang banyak umtuk menghantar aku ke universiti.
Setelah kejadian itu aku begitu terIuka dan mula membuka mata akan siapa sebenarnya Abah aku. Pengalaman belajar di ibu kota banyak mendewasakan aku, aku mula menjadi seorang lebih baik daripada di awal aku bermula.
Aku mula menjadi seorang anak yang tegas. Jika dahulu apabila aku melihat Abah memarahi dan mengherdik umi, aku hanya berdiam diri tetapi sekarang tidak lagi. Aku akan segera mempertahankan umi, Abah tidak suka dengan sikap aku sekarang, katanya aku telah berubah sejak belajar di ibu kota.
Dia menuduh sepupu aku mempengaruhi aku untuk berperangai tidak baik walhal sepupu aku yang banyak mengajar dan menjaga aku sepanjang aku belajar di ibu kota. Hendak harapkan Abah, tidak mungkin dia ambil tahu.
Seperti yang aku tegaskan dari awal segala perbelanjaan aku ditanggung sepenuhnya oleh umi. Abah aku dia ada satu sikap suka menghakimi orang lain tanpa usul periksa. Baginya dia sahaja betul orang lain salah. Segala hal, gossip orang lain dia tahu, malah dia suka menjaja keburukkan yang dia perolehi kepada orang lain.
Jangan ingat perempuan sahaja suka bergosip tetapi Abah aku mengalahkan orang perempuan kalau bab mengumpat. Cukup setakat ini sahaja dulu, jika luahan aku disiarkan akan aku ceritakan banyak lagi peristiwa yang berlaku.
Peristiwa yang menghantui sepanjang hidup aku, peristiwa hitam yang membuat aku bertambah benci kepada seorang Abah dan Yaaa kifarah, segala kejahatan yang kita lakukan akan berbalik kepada kita. Salam Sayang,
Sambungan.. Hai semua pembaca, terima kasih kerana sudi menunggu luahan aku part ke 2.. Macam lah ada yang tunggu kan? Apa pun seperti yang dijanjikan dalam luahan yang pertama, kalau ia disiarkan akan aku cerita dengan lebih lanjut tentang konflik yang berlaku di antara aku dengan insan yang bergelar abah.
Sebelum aku cerita dengan lebih mendalam, aku ingin meminta maaf jika karya penulisan aku pada penkongsian yang pertama sedikit membosankan, almaklum lah kali pertama menulis. Tanpa banyak nasi basi meh la kita mulakan cerita kita, pada luahan pertama aku ada bagi sedikit hint tentang kifarah bukan.
Yaa kifarah yang aku terpaksa tanggung sepanjang hidup aku ekoran perbuatan abah aku sendiri. Jujur sewaktu aku taip tentang ini mata aku bergenang mengingatkan kembali peristiwa hitam yang berlaku pada waktu itu.
Seingat aku kejadian berlaku sewaktu umur aku dalam linkungan 11 tahun. Ia berlaku dalam rumah keluarga aku sendiri dan disaat aku baru sahaja pulang dari kelas mengaji. Pada waktu itu umi aku sibuk melayan pelanggan di kedai kami, aku berada di ruang tamu rumah.
Untuk pengetahuan kedai umi aku sekali dengan rumah, kedai dekat bahagian bawah manakala rumah di bahagian atas. Aku tengah berehat dekat ruang tamu semasa aku didatangi kawan baik abah aku, aku namakan dia Pakcik N.
Pakcik N dalam lingkungan 60 tahun dan wajah dia berkerutu, dia ni agak terkenal kalau berubat orang secara tradisional. Walaupun wajah dia begitu dan agak uzur aku tidak takut kepada dia kerana dia suka bagi aku nasihat bersandarkan ayat alquran.
Aku yang sedang leka bermain Barbie doll dihampiri Pakcik N, dia menawarkan untuk berubat dan berkongsi sedikit ilmu tentang menjaga diri bagi kaum perempuan. Pada awalnya aku tidak berminat tapi aku tak ingat macam mana aku boleh terpancing dengan ajakan dia.
Yang aku ingat Pakcik N mula memegang dada aku dan meminta untuk aku membuka baju daIam yang aku pakai. Aku walaupun berumur 11 tahun tapi tubuh aku agak berisi dan figura aku menonjol seperti remaja yang sudah bersekolah tingkatan walau pun masa itu aku baru darjah 5.
Dia juga mula memegang bahagian int1m aku, aku mula merasa tidak selesa lalu menangis, kerana terkejut dengan reaksi yang aku berikan Pakcik N menghentikan perbuatannya. Pada waktu kejadian aku masih ingat lagi aku memakai baju kurung berwarna ungu muda dan sehingga sekarang aku agak trauma untuk memakai baju dengan warna tersebut.
Berbalik kepada peristiwa tadi, selepas aku menangis, Pakcik N mula memujuk aku dan beredar meninggaIkan aku sendiri di ruang tamu. Umi dengan tiba – tiba muncul dan cuba menenangkan aku, aku mula menceritakan perbuatan Pakcik N ke atas aku, umi terdiam dan memeIuk aku.
Umi memberitahu abah tentang kejadian yang terjadi, akan tetapi reaksi abah sangat bersahaja, dia dengan muka bengiisnya mengatakan aku sekadar mereka – reka cerita dan aku hanya lapar perhatian sahaja. Sejak kejadian itu, umi tidak akan membenarkan Pakcik N mendekati aku, jika dia melihat si tua tak guna itu muncul, dia akan cepat – cepat menyuruh aku untuk masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu.
Aku pernah ceritakan di bahagian 1 yang aku mempunyai sepupu, dia banyak menolong aku sewaktu aku mula menjejakkan kaki di ibu kota. Oleh kerana itu hubungan kami menjadi akrab dan tidak ubah seperti adik beradik kandung.
Dipercepatkan kisah, sepupu aku meluahkan perkara yang amat menghancurkan hati aku sebagai seorang anak. Sepupu aku mengatakan dia pernah dicabuI oleh abah aku sendiri ketika usia dia 10 tahun. Betapa remuknya hati dan jiwa aku disaat mengetahui kenyataan yang pahit ini bahwa abah aku sendiri merupakan pemangsa yang merosakkan insan tidak berd0sa.
Aku berkali – kali meminta maaf dengan sepupu aku di atas d0sa abah aku berbelas tahun yang dulu. Patut lah bila abah aku cuba untuk bercakap dengan sepupu ku aku melihat seakan dia tidak nyaman dengan keadaan itu.
Dan patutlah abah aku buat tidak endah sahaja bila umi memberitahu aku dicabuI, rupanya dia pernah mencabuI anak saudaranya sendiri. Ya Tuhan aku terpaksa menanggung akibat dari d0sa abah aku sendiri. Kenapa aku yang harus merasakan sakitnya sedangkan abah masih boleh bersenang lenang di kampung.
Tidakkah dia merasa bersalah dengan perbuatan h1nanya itu? Sudahlah aku dibayangi kejadian hitam itu ditambah lagi rasa bersalah terhadap sepupu aku di atas perbuatan terkutuk yang abah lakukan. Aku anak seorang pemangsa akhirnya menjadi mangsa.
Sampai sekarang aku tak mampu memaafkan perbuatan Abah dan Pakcik N dan aku pasti rasa benci ini akan aku bawa sampai aku m4ti. Aku merahsiakan perbuatan abah dari pengetahuan umi kerana permintaan sepupu aku sendiri.
Jika umi tahu aku tidak dapat bayangkan betapa hancurnya hati seorang wanita dan ibu. Sebelum aku lupa Pakcik N sudah menghembuskan nafas terakhirnya ketika aku di tahun ke 2 di universiti. Aku harap dia mendapat baIasan di alam sana dan juga abah aku harap kau juga mendapat baIasan di atas d0sa kau kepada umi, anak saudara kau dan aku.
Aku takkan maafkan kau abah dan jika kelak kalau kau m4ti nanti aku bersumpah aku takkan mengeluarkan air mata setitik pun. Kau tidak tahu bagaimana siksanya menanggung trauma sepanjang hidup. Kepada lelaki di luar sana jika kau ada niat atau cubaan mengambil kesempatan, ingatlah kau akan ada anak perempuan dan segala perbuatan jijik kau akan dibaIas ke atas anak kau pula.
Buktinya kisah aku ini nyata walau ia sekadar penulisan moga mampu dijadikan teladan buat semua di luar sana. Rasanya cukup setakat ini aku menulis di sini, takdir memang pahit tetapi ia harus tetap dijalani sehingga sang pencipta menjemput pulang.
Terima kasih kerana sudi membaca luahan dari perempuan yang tidak pernah kalian kenal ini, doakan aku supaya mampu berdamai dengan takdir hidup. “ia bagaikan bayang – bayang yang setia mengekori ke mana sahaja aku pergi” Salam sayang – Aili (Bukan nama sebenar)