“Abah terus pusing, dia selawat dan lafaz talak satu pada mak,” rupanya ini yang mak buat hingga abah lafazkan cerai

“Abah terus pusing, dia selawat dan lafaz talak satu pada mak,” rupanya ini yang mak buat hingga abah lafazkan cerai

 

2 tahun aku hidup berdua dengan abah sehinggalah abah berjumpa dengan mak.

Apa yang mak buat dekat aku, aku diam tak bagitahu abah. Satu hari nenek datang nak bagi lauk, dia nampak apa yang berlaku dan terus call abah..

Assalamualaikum admin dan pembaca setia ruangan ni. Hi, aku sekadar nak kongsi apa yang aku lalui.

Sekarang umur aku 20 tahun. Belaja lagi dekat Universiti. 20 tahun yg aku lalui, aku dah merasa hidup dengan 3 orang wanita yang dipanggil emak. Bonda, mak dan ummi.

Aku adalah anak perkahwinan abah yang pertama dengan bonda. Jodoh mereka tak panjang.

Ketika umur aku 8 tahun, mereka berpisah sebab sikap bonda aku sendiri yang materialistik. Masa tu abah hidup susah, kerja kampung.

Bonda surirumah tapi jarang masanya ada di rumah. Jadi abah yang akan selalu selesaikan hal di rumah. Bonda selalu keluar atas alasan business. Hingga akhirnya abah dapat tahu rupanya bonda ada skandaI dengan laki orang anak 4.

Masa tu memang aku kecik lagi tapi aku tahu sangat apa yang sedang berlaku antara abah dan bonda. Hak penjagaan dapat kat abah, abah struggle giIa besarkan aku. Uruskan makan pakai dan hal persekolahan aku. Bonda selepas berpisah dengan abah, tak tahu hilang entah ke mana.

2 tahun abah hidup berdua dengan aku sampailah abah jumpa dengan mak (isteri kedua abah).

Pada mulanya, semuanya ok sampailah mak dapat anak sendiri. Aku disisihkan. Mak sangat tegas dengan aku walaupun umur aku masa tu 11 tahun, tapi fizikal aku kecik dari kawan-kawan sebaya. Mak mendidik aku dengan sikap garang dan panas barannya

. Setiap kali abah pergi kerja, aku mulai susah hati. Takut tak tahu apa yang akan mak lakukan. Pernah mak suruh aku ambil air kat perigi walaupun masa tu paip rumah memang dah ada.

Pernah aku kena rotan teruk sebab adik menangis masa mak solat. Mak cakap, aku kacau adik sedangkan waktu tu aku kat dapur.

Adik plak ada di sofa depan, tergoIek jatuh sebab baru belajar jalan. Apa-apa yang mak buat kat aku, aku tak pernah mengadu dengan ayah sebab aku tak nak keruhkan keadaan.

Aku kesiankan ayah sebab masa tu ayah kena buat 2, 3 kerja untuk tampung kehidupan. Satu hari Allah nak tunjuk, ayah tak sihat jadi dia balik rumah awal dari selalu.

Masa tu mak tengah ligan aku dengan rotan keliling rumah sebab dia kata aku tak nak tolong dia bantu kerja rumah.

Rotan mak dah libas aku 2 kali. Aku yang ketakutan masa tu terus lari pusing rumah sebab nak elak kena rotan lagi.

Hari tu aku juga demam, memang aku pening sangat sampai tak larat nak bangun tolong mak. Dah pukuI 10 pagi aku masih baring-baring sebab nak bagi reda dulu demam.

Mak mengamuklah sebab dia ingat aku nak mengeIat tolong dia kat dapur. Masa ayah sampai rumah, dia nampak insiden tu depan mata dan masa tu aku menangis teresak-esak ketakutan. Mula-mula ayah tanya aku, kenapa?

Aku tak mampu menjawab sebab terlampau sedih. Abah tanya mak tapi mak diam. Tiba-tiba pakcik aku sebeIah rumah datang beritahu abah yang sebenarnya dah selalu dengar aku menangis dan dengar bunyi libasan rotan kalau abah takde dekat rumah.

Abah tanya aku betul ke? Aku hanya mampu mengangguk, aku peIuk abah erat-erat masa tu. Abah seIak belakang badan memang ada kesan birat-birat rotan yang mak bagi. Apalagi, abah mengamuk betol masa tu, abah bagi amaran terakhir dekat mak, abah cakap kalau ada apa-apa hal, bagitau dia.

Jadi aku ingat perkara tu habis macam tu je, rupanya mak simpan dendam tak puas hati. Ada satu hari tu, aku balik sekolah kena ujan masa dalam perjalanan balik nak balik ke rumah. Sampai je rumah mak mengamuk sebab tengok baju basah dan kotor sebab kena minyak rantai basikal.

Dalam sejuk-sejuk tu aku dapat 2 libas rotan. Allah memang nak tunjuk lagi, nenek masa tu sampai dengan niat nak hantar makanan. Bila tengok macam tu, nenek terus telefon abah. Tak lama abah sampai, pakcik pon ada. Bila tengok keadaan aku macam tu, abah menangis depan aku, dia peluk aku, dia usap-usap belakang badan aku.

Abah pusing dan toleh kat mak, abah selawat dan abah lafazkan cerai talak 1 kat mak. Semua orang terkejut masa tu, abah cakap, abah tak boleh hidup dengan mak yang menzalimi anaknya. Mak tak terkata apa, aku perasan masa tu mak menangis.

Mungkin tak sangka abah akan buat keputusan macam tu. Masa dalam edah, mak masih lagi duduk rumah abah sementara aku dan abah menumpang duduk di rumah nenek. Peristiwa tu meninggalkan trauma yang dalam kat aku, hampir 2 bulan aku tak nak pergi sekolah.

Aku takut nak cakap dengan orang luar kecuali nenek dan abah.

Sepanjang tu nenek pujuk aku, nenek yang banyak bagi kata semangat, nenek kenalkan aku pada sorang makcik ni, anak kawan nenek. Aku panggil Acik Ina. Acik Ina banyak tolong pulihkan semangat aku, bagi aku keyakinan semula.

Acik Ina cakap, tak semua mak tiri tu jahat. Hubungan baik aku dengan Acik Ina mengembalikan keyakinan aku semula.

Masa aku tingkatan 1, nenek pinangkan Acik Ina untuk abah, nenek tanya pendapat aku sebelum tu. Aku suka sangat sebab Acik Ina seorang yang baik, berpelajaran tinggi (masa tu dia tengah buat PhD) tetapi sangat low profile.

Dengan restu keluarga, abah dan Acik Ina disatukan. Selepas jadi mak tiri aku, aku panggil dia Ummi. Bonda dapat tahu abah berkahwin kali ketiga. Tiba-tiba bonda muncul dan minta hak penjagaan pada abah. Waktu itu, ibu dah berkahwin dengan pakcik (skandal dia dulu).

Aku jadi serba salah, lalu abah ambil jalan tengah. Abah masukkan aku ke asrama, belajar sekolah agama.

Mula-mula aku memberontak tapi bila kawan-kawan bagi sokongan, lama-lama aku dapat terima. Aku marah dengan sikap bonda tapi aku tak mampu berbuat apa-apa.

Walaupun dah bersuami, bonda masih lagi minta duit pada abah setiap kali terdesak. Bila abah tak bagi, bonda akan desak aku pulak minta duit kat abah untuk beri pada dia. Aku sebenarnya malu dengan per4ngai buruk bonda.

Pernah masa hari raya disebabkan abah tak beri ibu duit, ibu tak izinkan aku beraya bersama abah dan ummi. Jiwa aku memberontak dengan perangai bonda tapi aku selalu ingat pesan ustaz kat sekolah, buruk-buruk mana pon ibu kita, kita tetap kena hormat.

Bonda tak kerja tapi sikap dia boros jadi tak pernah cukup dengan nafkah yang suaminya beri. Di belakang suaminya bonda selalu mesej abah nak pinjam duit walaupun hakikatnya tak pernah bayar balik. Dan demi aku, abah bagi jgak bonda duit dalam RM50.

Dan perangai tu masih lagi berlaku sampai sekarang. Dan ummi tahu hal tersebut.

Demi Allah, aku tak pernah jumpa manusia sebaik ummi. Kadang-kadang ummi yang akan bank in duit dekat aku untuk aku pass pada bonda.

Ummi cakap, takpelah mengalah, asalkan aku dapat jumpa abah dan ummi pada waktu cuti sekolah. Aku pernah terbaca mesej bonda pada abah. Bonda nak balik semula pada abah, bonda akui kesilapan dia dan dia reIa berpisah dengan suaminya kalau abah sudi terima bonda semula.

Tapi abah tak balas mesej tersebut. Walaupon dia bonda aku tapi aku malu sangat dengan sikapnya yang tak pernah berubah. Sejak abah berkahwin dengan ummi, kehidupan kami sekeluarga memang senang. Abah sudah ada bisnes sendiri hasil perkongsian dengan ummi.

Aku selalu doakan agar ummi terus diberi kasabaran dan kekuatan untuk hidup bersama abah dengan perangai bonda yang macam tu. Mak jugak sampai hari ini masih merayu kat abah untuk hidup semula dengan abah. Mungkin bila lihat kehidupan abah dah berubah, semua nak abah semula tapi abah tak bodoh.

Abah tetap setia dengan ummi hingga kini. Allah belum beri ummi zuriat. Aku masih tak putus-putus mendoakan agar ummi diberikan zuriat, kesian ummi. Dia bersabar dengan cakap-cakap orang. Bonda sendiri pernah cakap ummi mandul.

Masa tu aku rasa macam nak lempang mak sendiri tapi aku sabarkan hati, aku pon tak tahu sampai bila per4ngai bonda dan mak akan berubah. Aku hanya mampu doakan agar bonda dan mak dapat hidayah dari Allah swt. Belajar mengakui kesilapan diri, itu adalah lebih baik.

Mak sampai hari ni tak pernah bagi adik untuk tinggal dengan abah walaupun masa cuti sekolah. Kalau abah rindu nak jumpa adik, abah akan ajak adik keluar makan. Dengan syarat mak pon kena ada bersama. Walaupon abah tak selesa dengan keadaan itu tapi demi adik, abah terpaksa juga makan semeja dengan adik dan mak.

Dan Ummi sekali lagi aku sangat puji kerana ummi sangat memahami abah. Ummi tak pernah sekali pun marah kalau abah jumpa adik dan ada mak sekali. Malahan, ummi yang akan ingatkan abah kalau lama sangat abah tak pergi tengok adik.

Allah, Kau datangkan manusia sebaik ummi di sisi abah aku. Aku berdoa semoga kau berilah kelapangan rezeki, kesabaran dan keimanan yang tinggi buat abah dan ummi dalam melayari rumahtangga mereka. Jujur aku cakap., aku lebih sayangkan ummi dari bonda aku sendiri. Doa aku tak pernah putus agar bonda diberikan peluang untuk berubah dan bertaubat. – Zaza