Abang kantin bagi nasi ayam percuma pada murid tak cukup duit buat ramai sebak

Abang kantin bagi nasi ayam percuma pada murid tak cukup duit buat ramai sebak

 

Tindakan seorang abang kantin yang memberikan nasi ayam percuma kepada seorang murid perempuan yang tak cukup duit buat ramai sebak.

Menerusi video yang tular di TikTok, murid tersebut difahamkan mahu membeli sepinggan nasi ayam berharga RM2, namun di tangannya cuma ada RM1 sahaja.

Ketika itu, peniaga berkenaan sedang ralit mengajar dan membantu murid-murid mengira wang untuk membeli makanan.

Namun murid perempuan itu difahamkan hanya membawa RM1 dan tidak mempunyai wang mencukupi untuk membeli sepinggan nasi berharga RM2.

Selepas melihat keadaan murid tersebut, peniaga itu lantas memberikan nasi secara percuma kepada kanak-kanak tersebut memberi nasihat tentang jumlah wang yang perlu dibawa untuk hari seterusnya.

“Adik ada lagi RM1? Kalau tak ada, tak apa. Ambil dulu makanan ini abang belanja. Esok bagitahu dekat ibu ayah bawa RM3, RM2 untuk beli nasi, RM1 beli air,” kata @apex2.0 yang lebih dikenali sebagai ‘Abang Kantin’.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengakui sebak melihat pemuda ini yang tidak berkira membantu murid-murid.

Malah, ibu bapa yang melihat video itu juga meluahkan rasa lega kerana ada peniaga yang baik sepertinya memudahkan urusan anak-anak mereka yang masih belum mahir menggunakan wang.

@apex.20

Baru sempat post firstday sekolah

♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline