“Acik nak jugak” – Majlis belum start, tetamu desak budak katering tapau lauk
Kebanyakan majlis kahwin zaman sekarang akan mengambil khidmat katering bagi persediaan makanan sepanjang acara berlangsung. Bergantung pada bilangan tetamu, tuan rumah biasanya akan melebihkan sedikit setiap pack hidangan sesuai dengan jangkaan.
Korang rasa bila nak habis budaya tapau ini?
Lebih tidak bermakna setiap tetamu boleh mengambil banyak makanan daripada biasa apalagi sampai mahu bungkus bawa pulang ke rumah. Namun budaya tapau lauk majlis kahwin ini nampaknya masih menjadi kebiasaan seakan-akan tidak fikirkan orang belakang. Itulah yang terjadi dalam sebuah acara ini di mana video berkenaan tular di media TikTok @WanTakaful.
Majlis belum mula lagi…Masa ni baru jam 10.30 pagi
Seorang wanita dipercayai meminta pekerja katering tersebut membungkuskan makanan untuk dibawa pulang. Walaupun sudah dijelaskan secara baik, nampaknya si polan masih berdegil untuk diberikan sedikit lauk di sana. Namun sekali lagi, budak-budak katering berkenaan tenang menjelaskan bahawa lauk-lauk lebihan hanya boleh diagihkan pada hujung majlis. Itu pun sekiranya masih ada.
@wan_takaful Time tengah record video lauk pengantin, tibe2 dengar kecoh2 pasal ni ❗️ #fypシ #tapau #bungkus #kenduri #makcikbawang
Tuan rumah memang bayar untuk tetamu datang makan, bukan tapau
Video berdurasi 44 saat itu sudah meraih lebih 200 ribu jumlah tontonan sejak dikongsikan sebentar tadi. Rasa-rata netizen merasa kurang senang dengan sikap wanita berkenaan. Namun di sudut lain, mereka memuji profesionalisme pekerja katering dalam mengawal keadaan sebegitu.