“Ada yang tahu hal sebenar & nampak” – Tular komen jiran Hidayah Abam yg mengejutkan, dakwa Ali berniat buruk?

“Ada yang tahu hal sebenar & nampak” – Tular komen jiran Hidayah Abam yg mengejutkan, dakwa Ali berniat buruk?

 

Tempoh hari, persengketaan di antara balu kepada Allahyarham Abam Bocey dan juga adiknya semakin memanas.

Malah tindakan Ali Puteh yang merakam video konon ada penemuan benda-benda berunsurkan khurafat di sekeliling kediaman abangnya turut menerima kecaman hebat dari orang ramai termasuklah beberapa orang pengamal perubatan.

Katanya takde orang bukak pintu, sejam duk kat depan…semalam hari Jumaat, orang kerja

Terdahulu Ali Puteh ada mendakwa ketika kakak iparnya datang, si adik yang kini menghuni rumah tersebut tiada kerana sedang bekerja.

Malah pelawak tersebut turut mempersoalkan kenyataan wanita berkenaan seperti ingin beritahu yang kedatangan ‘rombongan’ tersebut tidak dialu-alukan.

Sedangkan jika dimaklumkan terlebih dahulu, mungkin keluarganya boleh menyambut dengan senang hati

@fadilah1073

♬ original sound – Mocca’s Cottage – Mocca’s Cottage

Rumah tu hak mutlak anak Allahyarham…Ingat ada yang tahu hal sebenar dan nampak

Walau bagaimanapun, semalam sempat tular satu screenshots yang dimuat naik adik kepada Hidayah iaitu Mohd Zainuddin.

Dalam keratan tersebut, terdapat dua individu yang mengaku jiran Abam tampil jelaskan waktu itu sebenarnya ada beberapa orang lain dalam rumah berkenaan.

Malah mereka sekeluarga juga dikatakan cepat-cepat keluar apabila balu Allahyarham beransur pulang.

Kedua-dua akaun Facebook tak dijumpai

Malah ‘jiran’ tersebut juga akui sama sekali tidak nampak akan sebarang perbuatan khurafat dilakukan Hidayah ketika datang ke kediaman berkenaan.

Walau bagaimanapun, hasil carian mendapati kedua-dua akaun Facebook tersebut sudah pun tidak berjaya ditemui.