“Ada yang tunggu 7 jam, lawan maki bergaduh semua” – Pelanggan mengamuk tunggu lama, Kieda Crepe akhirnya buka mulut

Siapa yang tak kenal dengan Kieda Crepe, antara usahawan yang menjual makanan crepe yang viral di media sosial.
Boleh dikatakan kedai Kieda di Pulau Pinang ini sangat famous sampai setiap minggu penuh dengan pelanggan beratur nak beli dessert istimewa di kedainya.
Buat ‘road tour’ di Shah Alam tapi dituduh tak mampu kawal crowd?
Namun bagi yang mengikuti Kieda Crepe, korang pasti perasan yang usahawan ini sering terpalit dengan pelbagai kontroversi.
Terbaru kali ini melibatkan isu Kieda mengadakan jualan ‘road tour’ di Shah Alam dan jualan tersebut dikatakan telah mendapat sambutan hangat sehingga ramai yang sanggup menunggu berjam-jam lamanya untuk membeli crepe yang dijual.
@kiedacrepe Replying to @bellatajj belajar dari kesilapan , move on dengan buat kebaikan🤎#kiedacrepe #kiedacrepetour #kenanganterindah
Susulan itu, kekecohan didakwa telah berlaku dan viral di Twitter video memaparkan pelanggan meluahkan rasa marah dan tidak puas hati kerana terlalu lama menunggu.
Kieda mendakwa stafnya telah dikasari dan dimaki oleh pelanggan yang ada di sana yang bengang tidak dapat membeli crepe viral itu.
Macam macam perangai customer kieda crepe. pic.twitter.com/CqsKpDCbVP
— Bbiy. (@twtbiy) May 27, 2023
“Benda viral, hampa expect apa? Layanan perfect dalam aircond ka?”
Isu ini menyebabkan Kieda menerima pelbagai kecaman dari netizen dan laporan daripada sebuah portal juga membuatkan usahawan ini tidak puas hati serta memberi penjelasan sebenar apa yang berlaku.
Menerusi perkongsiannya di Facebook, Kieda memberitahu bahawa situasi tersebut tidaklah seperti yang digambarkan media kerana ada di kalangan pelanggan sanggup menunggu sehingga 7 jam lamanya tanpa merungut.
@kiedacrepe Bersyukur Allah kurniakan kesabaran buat kieda lebih matang handle situasi . Maafkan kida yaa semua , jangan laa gaduh sesama sendiri. Kieda pening laa🥲😔#kiedacrepetour #kiedacrepe #kenanganterindah #hqkiedacrepepenang
Menurutnya lagi, disebabkan crepe tersebut viral, dia tidak dapat memberikan layanan yang baik kepada semua tetapi telah lakukan terbaik untuk menguruskan situasi.
Posting itu telah mendapat pelbagai komen positif netizen yang memberi sokongan kepada Kieda untuk terus berjuang dalam dunia perniagaan.
Apa-apapun kita doakan yang baik-baik sajalah ye. Semoga Kieda tabah dan ambil perkara ini sebagai cabaran yang mematangkan.