“Adakah itu maruah isteri?” – Bekas menantu Kazar ‘serang’ bekas menantu Yusof Haslam

“Adakah itu maruah isteri?” – Bekas menantu Kazar ‘serang’ bekas menantu Yusof Haslam

 

Pelakon jelita Puteri Sarah Liyana mendedahkan perbualan bekas kakak ipar Ira Kazar iaitu Wiwie Darvienda Mazweena masih mengutuknya di belakang.

Menerusi hantaran Sarah, dia memaklumkan bahawa menerima kiriman tersebut daripada seorang individu yang menunjukkan Wiwie mendakwanya bermanja dengan lelaki lain ketika siaran langsung.

“Dalam idah pun tunjuk dia vc bermanja-manja dengan lelaki dalam live.

“Adakah itu maruah isteri?,” tulis Wiwie.

Tidak berdiam diri, Sarah tampil membidas kenyataan wanita itu dengan tenang.

“Someone shared it with me. Ni lah manusia bila takde kerja sebok eddah orang. Apa eddah aku 100 tahun ke,” balasnya.

Bukan itu sahaja, pelakon drama Melastik Ke Hatimu 2 ini menasihati bekas menantu kepada pelakon Kazar Saisi itu untuk mengumpul duit bagi membayar saman.

“Dah kena saman duduk diam-diam. Simpan duit nak bayar saman nanti.

“Nak belajar cara buat duit? Boleh join team Sarah ok. Kita taknak jadi camni suka jaga tepi kain orang,” tempelaknya lagi.