Adam Shah dah empat bulan tak jumpa anak, Fatin Afeefa minta hormat keputusan mahkamah

Adam Shah dah empat bulan tak jumpa anak, Fatin Afeefa minta hormat keputusan mahkamah

Pelakon dan penyanyi Fatin Afeefa hari ini memfailkan bantahan terhadap pindaan tuntutan bekas suaminya, Adam Shahz bagi mendapatkan hak lawatan dan bermalam bersama anak perempuan mereka, Ivy Herra Sophia.

Susulan itu, pihak mahkamah menetapkan semula tarikh sebutan kedua kes berkenaan pada 17 April bagi mendapatkan kemas kini bagi tuntutan kedua-dua belah pihak.

 

Memetik laporan Kosmo! Online, peguam syarie, Liyana Sihar yang mewakili Adam memberitahu pihak defendan iaitu Fatin telah memfailkan bantahan untuk pindaan hal lawatan yang difailkan oleh Adam sebelum ini.

“Hari ini sebutan kes pertama dan pihak kita sebenarnya memohon untuk membuat pindaan (hak lawatan) kepada yang telah difailkan sebelum ini iaitu tuntutan hak penjagaan penuh.
“Namun, pihak defendan membuat bantahan dan kami diarahkan untuk memfailkan pindaan secara bertulis,”ujarnya.

Fail tuntutan hak penjagaan penuh

Jelas Liyana, Adam Shahz telah memfailkan tuntutan hak penjagaan penuh terhadap anaknya daripada bekas isteri.

“Selepas perbincangan, kami percaya anak guam boleh bertolak ansur untuk berikan hak jagaan kepada defendan. Jadi, itulah perbincangannya. Kita tahu bila seseorang dapat hak jagaan manakala pihak lagi satu akan dapat hak lawatan tetapi dibantah.
“Kita nak bersama-sama menang cuma perkara ini dibantah dan percaya kami ada hak serta akan tuntut,” jelasnya.

Dah empat bulan tak jumpa…

Sementara itu, Adam memberitahu dia sudah empat bulan tidak bertemu dengan anaknya sejak Oktober lalu dan nombor telefonnya juga disekat daripada berhubung.

Katanya lagi, dia juga sudah cuba mencari di media sosial, namun Fatin seolah-olah menyembunyikan hal tersebut dan hanya mengetahui anaknya diletakkan di sekolah berasrama penuh.

“Saya sudah tidak bertemu dengan anak sejak empat bulan lalu. Saya disekat oleh keluarga pihak sana termasuklah bekas isteri. Saya sendiri pun tak tahu di mana anak saya sebab saya tak dapat berhubung dengannya.
“Saya cuba juga cari di media sosial, tapi dia seolah-olah disembunyikan. Ketika majlis sulh, saya cuma diberitahu bahawa anak diletakkan di sekolah berasrama penuh, tapi tidak diberitahu secara terperinci,” katanya.

 

Fatin Afeefa minta hormat keputusan mahkamah

Dalam pada itu, Fatin Afeefa yang diwakili peguam, Aiman Abdul Rahman enggan memberikan sebarang komen dan meminta Adam menghormati keputusan pihak mahkamah.

“Tak ada apa yang boleh saya katakan. Kita dah masuk ke mahkamah, jadi kita akan mengikut proses yang sepatutnya. Saya tak mahu berikan sebarang kenyataan yang akan memakan diri dan menghormati pihak mahkamah,” katanya yang turut ditemani suami, Aliff Awang.

Untuk rekod, Fatin pernah berkahwin dengan aktor Adam Shahz pada 21 Disember 2013 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Here Sophia, 7. Bagaimanapun, mereka telah bercerai selepas empat tahun membina mahligai.

Manakala, sebelum berkahwin dengan Adam, Fatin juga mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian, 10.