Adik beradik Ira Kazar dakwa Yusof Haslam bayarkan peguam Puteri Sarah

Adik beradik Ira Kazar dakwa Yusof Haslam bayarkan peguam Puteri Sarah

 

Terkini! pelakon Puteri Sarah Liyana memuat naik hantaran di Instagram Story memaparkan tangkap layar mesej perbualan antaran abang kepada Ira Kazar iaitu Naem Kazar bersama seorang individu.

Menerusi hantaran tersebut, Naem telah mendakwa peguam yang diambil Puteri Sarah telah dibayar oleh bapa mentuanya, Dato’ Yusof Haslam.

Menurutnya lagi, perkara tersebut juga menjadi punca mengapa Yusof Haslam tidak dapat menahan sebak sewaktu ditemu bual oleh pihak media.

Bukan itu sahaja, Naem turut mendakwa kenyataan yang dikeluarkan oleh Puteri Sarah sering bertukar-tukar sehingga menyebabkan peguam keliru.

Tidak berdiam diri, Puteri Sarah berkata hanya tuhan sahaja yang mengetahui betapa dia sudah bekerja keras untuk meraih pendapatan.

Siang malam kerja bersengkang mata cari rezeki. Senang-senang je belah sana bercerita kata lawyer saya Shamsul & bapa mentua yang bayar.

Bukan itu sahaja, pelakon berusia 37 tahun itu turut meminta ahli keluarga Ira Kazar untuk berbincang dengan peguam sekiranya ada yang tidak puas hati.

Mula-mula bapak, lepastu kakak, ni abang pulak. Lepas ni siapa pulak yang nak keluar statement. Satu family ni dah kenapa?