Adik comel model di botol F&N kini sudah menjejak 25 tahun, ini wajah terkini beliau

Adik comel model di botol F&N kini sudah menjejak 25 tahun, ini wajah terkini beliau

 

Pernah jadi tanda tanya mengenai siapakah gerangan model kordial F&N. Bukan sahaja senyuman manis kanak-kanak tersebut mencuri tumpuan, bahkan tidak dinafikan begitu lama produk tersebut  mengekalkan model yang sama sejak dahulu hingga kini.

Ekoran daripada itu ada antara kita bila melihat sahaja  botol dengan model ‘penghias’ pada bekas itu, seakan mengimbau memori di zaman kanak-kanak betapa minuman kordial ini menjadi pilihan utama  terutamanya di musim perayaan.

Bercerita tentang model tersebut, sebelum ini ramai menyangka wajah kanak-kanak pada botol minum kordial bahawa ianya adalah Liyana Jasmay namun ternyata bukan. Ini kerana wajah kanak-kanak comel tersenyum manis itu merupakan milik Madihah Mohd Firdaus.

“Ibu suka bawa saya pergi uji bakat masa kecil-kecil dulu. Tidak sangka ada rezeki jadi model untuk produk minuman itu. Dulu adalah papan iklan dipasang, namun sekarang hanya tinggal gambar di botol sahaja.

Menurut sumber, Madihah Mohd Firdaus atau turut mesra disapa Dihah itu kini menjangkau usia 24 tahun dan ketika wajahnya menghiasi botol kordial itu, usianya lima tahun. Selain itu, pemilik wajah kanak-kanak itu juga sudah berubah menjadi seorang hijabi yang jelita.

Madihah turut gemar berhias dan sangat suka belajar teknik solekan menerusi laman Youtube dimana platform berkenaan kini menjadi pilihan para gadis untuk mengetahui cara merias wajah dengan betul.

Gadis ini juga dilaporkan baru menamatkan pengajian di peringkat Diploma dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam jurusan Kejuruteraan Mekatronik. Dia dikatakan bakal menyambung di peringkat ijazah pula dalam bidang yang sama.

Gadis cantik ini juga gemar gaya fesyen yang ringkas dan bersesuaian dengan usianya itu, dia suka bergaya terutama bagi rakaman OOTD melalui laman Instagram miliknya dimana dia kini mempunyai hampir 40 ribu followers.