“Adik dah sedar, gerakkan tangan” – Abdur Rahman dedah adik makin pulih, takut kalau diuji kehilangan lagi

“Adik dah sedar, gerakkan tangan” – Abdur Rahman dedah adik makin pulih, takut kalau diuji kehilangan lagi

Adik dah sedar dan gerakkan tangan, syukur kerana jujurnya saya takut kalau diuji kehilangan lagi. Pemergian enam ahli keluarga sekelip mata termasuk seorang adik  yang masih bertarung di Unit Rawatan Rapi (ICU) bukanlah mudah dihadapi.

Namun takdir yang tertulis takkan dapat diundur kembali. Pada usianya 19 tahun, Abdur Rahman dilihat kuat dan masih  mampu mengimamkan sendiri jenazah kedua ibu bapanya serta adik-adik-adik yang meninggal dunia dalam kemalangan membuatkan ramai sebak.

Adik Dah Sedar & Gerakkan Tangan

Ramai mendoakan agar dirinya kembali kuat. Malah dalam satu perkongsian langsung di tik tok baru ini dilihat anak muda ini sudah mampu mengukir senyuman manis walau ujian melanda hidupnya. Bahkan Abdur Rahman sempat mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan rakyat Malaysia yang mendoakan dirinya dan keluarga.

“Saya ingin mengucapakan ribuan terima kasih di atas setiap doa diberikan untuk saya dan adik. Moga Allah membalas semua kebaikan ini,” katanya yang masa sama menasihatkan nurtizen untuk mendapatkan berita sahih sebelum berkongsi sesuatu cerita.

@rahmanlah

terima kasih ye semua🥰🤍@ABANG SOYAAA

♬ original sound – MVM Music – MVM Music

Syukur Kerana Jujurnya Saya Takut Kalau Diuji Kehilangan Lagi

Dalam pada itu memetik laporan Berita Harian,  Abdur Rahman Amir Ruddin, turut memaklumkan adiknya, Abdullah, 15, yang dilaporkan kritikal sejak hari kemalangan menunjukkan perkembangan positif sepanjang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat.

“Alhamdulillah, adik dah sedar dan boleh menggerakkan tangan. Paling menggembirakan bila adik pegang tangan ahli keluarga kami ketika melawatnya di ICU, kami bersyukur dengan perkhabaran gembira itu.

“Sejak hari pertama kejadian, kami sentiasa berdoa semoga adik cepat sembuh kerana kami takut kehilangan seorang lagi ahli keluarga.

“Saya dimaklumkan, kebanyakan wayar yang dipasang di tubuhnya sudah dicabut. Cuma saya dimaklumkan adik akan menjalani pembedahan memasukkan besi di tangan pada 16 September ini,” katanya ketika ditemui di rumah neneknya di Kampung Parit Lapis Darat, Parit Jawa, hari ini.

“Adik Dah Sedar & Gerakkan Tangan”, Syukur Kerana Jujurnya Saya Takut Kalau Diuji Kehilangan Lagi – Abdur Rahman
Adik Abdur Rahman sendiri mengimamkan solat jenazah untuk ahli keluarganya
“Adik Dah Sedar & Gerakkan Tangan”, Syukur Kerana Jujurnya Saya Takut Kalau Diuji Kehilangan Lagi – Abdur Rahman
Diuji enam ahli keluarga serentak bukan mudah namun Abdulr Rahman mengucapkan terima kasih atas semua doa rakyat Malaysia buatnya dan keluarga

Terdahulu, Abdur Rahman menerima kunjungan serentak calon Perikatan Nasional (PN) DrMazri Yahya serta pengurusan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) Batu Pahat yang diketuai Pengarahnya, Sarimurni Mohd Sani.

Abdur Rahman adalah penuntut baharu sarjana muda Pengajaran (Pendidikan Rendah) Pendidikan Islam di OUM Batu Pahat dan dijangka mendaftar hujung bulan ini.

Dalam kunjungan itu, OUM Batu Pahat menyampaikan sumbangan khas kepada Abdur Rahman serta sedang meneliti bantuan lain untuk diberikan kepadanya.

Secara kebetulan, arwah ibunya, Noorahimah Noor Muhamad, 43, juga penuntut diploma OUM jurusan pengajian Islam.

Mengenai tawaran umrah daripada pemilik syarikat umrah, Jay Ibrahim Travel & Tours Sdn Bhd, Abdur Rahman berkata, buat masa sekarang dia belum terfikir untuk menerimanya.

Sementara itu, neneknya, Noriah Mohd Nor berkata, dia sudah reda dengan kejadian menimpa anak, menantu serta cucunya dalam tragedi menyayat hati itu.

“Arwah sekeluarga sudah ‘berjumpa’ datuk mereka di sana. Kami di sini hanya mampu berdoa untuk mereka semua.

“Selama ini, apabila melihat sesuatu kejadian, saya sedekah al-Fatihah tetapi bila berlaku ke atas keluarga saya, barulah kita tahu bagaimanapun kesedihan ditanggung mereka sebelum ini.

“Cuma saya rindu suara mereka sekeluarga terutama anak-anaknya, setiap kali datang mereka suara mereka akan memecahkan keheningan di rumah ini,” katanya.

Selain Noorahimah, kemalangan ngeri jam 6.30 petang itu turut mengorbankan suaminya Amir Ruddin Ismail, 46, serta empat anak mereka, Fatimatulzahrah, 17; Seri Khadijah Aqilah, 13; Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5.

Kemalangan berlaku ketika mereka sekeluarga dalam perjalanan dari Kluang menghantar Noorahimah yang mengajar di Sekolah Agama Kemedak dekat Segamat.