Adik Neelofa, Ameera Khan tanpa rasa malu selamba kongsi foto sidai pakaian dalam

Adik Neelofa, Ameera Khan tanpa rasa malu selamba kongsi foto sidai pakaian dalam

Meskipun tidak terlibat dalam dunia hiburan, namun, nama adik usahawan dan selebriti terkenal, Noor Neelofa iaitu Ameera Khan tetap menjadi perhatian ramai di media sosial kerana sering terpalit dengan kontroversi ‘panas’.

Terbaharu, influencer yang berusia 23 tahun itu sekali lagi menjadi bualan ramai apabila tampil memuat naik beberapa gambar di laman Instagramnya sehingga mengundang pelbagai reaksi negatif dan kritikan netizen.

Mana tidaknya, ramai meluahkan rasa terkejut dan tidak menyangka Ameera Khan telah berkongsi gambar pakaian dalamnya berwarna merah yang tersidai di pagar besi tanpa berasa segan silu.

Netizen malu dengan Ameera Khan!

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa malu terhadap tindakan berani Ameera dan mempersoalkan dimana dia meletakkan maruahnya sebagai seorang wanita.

Bukan itu sahaja, netizen juga mengkritik sikap Ameera yang didakwa semakin menjadi-jadi meskipun baru pulang dari mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah, baru-baru ini.

Tolong la jaga air muka keluarga

Dalam pada itu, ramai yang menitipkan pesanan buat Ameera supaya menjaga kehormatannya serta air muka keluarga yang turut menerima tempias daripada sikap sendiri.