Adik Shuhada dedah konflik bermula sejak tahun lalu, Athira kacau & buat provokasi

Adik Shuhada dedah konflik bermula sejak tahun lalu, Athira kacau & buat provokasi

 

Semalam, media sosial kecoh mengenai pelakon Hafidz Roshdi yang menceraikan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri dengan talak satu pada Rabu.

Menurut laporan BH Online, adik Nurul Shuhada yang dikenali sebagai Sofia memaklumkan, pasangan tersebut berdepan masalah rumah tangga sejak tahun lalu selepas kehadiran seorang wanita bernama Athira Yuhada.

Sofia berkata, aktor berusia 29 tahun itu kakaknya dan sudah tidak tinggal bersama sejak minggu ini selain mendoakan yang terbaik buat ibu kepada dua cahaya mata tersebut.

“Jujurnya, konflik bermula sejak tahun lalu. Namun, Athira banyak mempengaruhi Shu dari segi emosi, kacau dan melakukan provokasi sejak akhir ini.
“Hafidz dan Shu tak duduk sebumbung, sejak minggu ini. Sebelum ini, masih boleh tinggal sekali. Kita doakan kebenaran untuk Shu dan anak-anaknya. Semoga Athira dan Hafidz diberikan hidayah oleh Allah,” katanya.

Sebelum itu, dia mengesahkan bahawa Hafidz dan Nurul Shuhada telah bercerai menerusi panggilan telefon dan sedang menunggu tarikh perbicaraan di mahkamah.

Terdahulu, kemelut rumah tangga Hafidz mula diperkatakan ramai selepas isterinya mendedahkan aktor berkenaan mempunyai hubungan dengan wanita lain yang dikatakan bekas kekasihnya.

Untuk rekod, Hafidz dan Nurul Shuhada berkahwin pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2.