Adira & Datin Red akrab berpegangan tangan di acara fesyen – “Kepada maduku, saya sayang awak dunia akhirat”

Adira & Datin Red akrab berpegangan tangan di acara fesyen – “Kepada maduku, saya sayang awak dunia akhirat”

Berkahwin lebih daripada satu adalah kehidupan yang diimpikan oleh kebanyakan lelaki, tetapi tidak bagi wanita terutama apabila tahu diri mereka telah dimadukan. Bagi mereka, dimadukan selalunya dianggap ‘hempedu’ dan pastinya mereka tidak mahu hidup bermadu kasih dengan orang lain.

Bagaimanapun, urusan jodoh adalah sesuatu yang sukar diramal kerana semuanya ketentuan Yang Maha Esa meskipun sukar bagi seseorang wanita menerima hakikat hidup bermadu.

Adira Suhami santuni madu

Pun begitu, perkongsian penyanyi berlunak merdu Adira Suhaimi bersama madunya, Datin Seri Syarifah Nor Shafila Hassim atau dikenali Datin Red menarik perhatian ramai apabila mereka berdua memuat naik hantaran yang sama di laman TikTok.

Menerusi hantaran dikongsikan, pemilik nama Siti Adira Suhaimi dia bersama Datin Red hadir ke  sebuah majlis pertunjukan fesyen yang menampilan kemunculan pertama anak sulung Datuk Red di atas pentas peragaan.

“Hari itu post video lelaki (suami). Hari ini video madu. Screetshot (tangkap layar) cepat,”tulis Adira.
@adira.suhaimi

tu ari pos video laki .. hari ini post video madu 😍 screen shot cepat . #fyp @

♬ original sound – adira.suhaimi – adira.suhaimi

Sayang awak dunia akhirat…

Manakala hantaran Datin Red pula menyatakan dia sangat sayang akan madunya dan berharap dapat pelihara hubungan akrab.

“Alhamdulillah, semoga Allah SWT menjaga hubungan ini. Kepada maduku yang cantik, saya sayang awak dunia akhirat,”tulis Datin Red.
@pila4535

Alhamdulillah semoga Allah Swt menjaga hubungan ini ❤️..to my beautiful honey saya syg awak dunia ahirat ❤️.. To kakak awin congrats on your first fashion show love u

♬ original sound – adira.suhaimi – adira.suhaimi

Datin Red turut menitipkan ucapan tahniah buat anak sulungnya, Awin atas kemunculan pertama di pentas peragaan.

Bukan mudah nak capai tahap macam ni, suami mainkan peranan

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan hubungan akrab yang ditunjukan oleh Adira bersama madunya meskipun tahu pahit untuk menerima kehadiran seseorang terutama isteri pertama.

Mereka juga mengatakan kemesraan yang terjalin antara kedua-dua isteri tersebut adalah berdasarkan kepayahan seorang suami menjaga keharmonian rumah tangga.

Untuk rekod, Adira berkahwin dengan ahli perniagaan Datuk Seri Adnan Abu (Datuk Red) di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Anggrek, 5, Asan, 4, dan Anggun, 3.

 

Adira merupakan isteri kedua, manakala perkahwinan pertama bersama Datin Red dikurniakan lima cahaya mata.

Sebelum itu, Datuk Red pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun namun berpisah lima tahun kemudian. Menerusi perkahwinan itu dia dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu berusia 22 dan 17 tahun.  Secara keseluruhannya, Datuk Red memiliki 10 orang cahaya mata.