ADUN Bersatu Johor didakwa raba tetek AJK Serikandi

ADUN Bersatu Johor didakwa raba tetek AJK Serikandi

Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang wanita yang mendakwa diganggu secara seksual oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor hari ini, lapor MalaysiaGazette.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Hussin Zamora berkata, pihaknya menerima laporan itu di Balai Polis Kota Tinggi pada pukul kira-kira 11.30 pagi berhubung dakwaan salah laku berkenaan.

“Ya, benar kami ada menerima laporan berkenaan dan ianya masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum itu, laporan polis berkenaan gangguan seksual tersebut tular di media sosial.

Wanita berkenaan dipercayai mendakwa telah diganggu secara seksual oleh ADUN terbabit beberapa kali.

Dalam laporan polis yang dikongsikan wanita berusia 25 tahun itu mendakwa ejadian pertama pada 2 Januari lalu di mana ahli politik berkenaan cuba memegang tangan kanan dan pahanya di dalam kenderaan dari Kota Tinggi dekat sini dalam misi membantu mangsa banjir.

Menurut laporan itu lagi, kejadian sama berulang ketika dalam perjalanan dari Kuala Sedili ke Kota Tinggi selepsa pulang dalam siri lawatan mangsa banjir.

Ketika itu, mangsa mendakwa diraba di payudara dan wakil rakyat itu cuba memegang paha kiri namun mangsa menepis dan hanya berdiam diri kerana takut.

Mangsa yang juga Ahli Jawatankuasa Srikandi Bersatu Kota Tinggi memberitahu yang dia juga diganggu sekali lagi pada 13 Januari lalu oleh ahli politik yang sama