ADUN Sri Tanjung, Negeri Sembilan positif Covid-19

ADUN Sri Tanjung, Negeri Sembilan positif Covid-19

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, M Ravi disahkan positif Covid-19.

Perkara itu disahkan oleh Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Sinar Harian cuba menghubungi ADUN Sri Tanjung itu untuk mendapat perkembangan terkini berhubung perkara terbabit namun gagal dihubungi. – SH