Aedy Ashraf kongsi video tinju Hafidz Roshdi khas untuk netizen, sampai rebah terduduk
Tindakan pelakon Aedy Ashraf memuat naik sebuah video memaparkan aksinya melakukan sukan tinju dalam sebuah acara boxing mencuri tumpuan pengguna laman Twitter, sejak malam tadi.
Difahamkan, pelakon berusia 30 tahun itu berlawan dengan rakan artis Hafidz Roshdi yang sedang menjadi bualan hangat warganet berhubung isu membabitkan konflik rumah tangganya.
Mana yang geram tu tengok puas2. pic.twitter.com/nqlcxhxgMu
— Aedy Ashraf (@aedyxashraf) February 23, 2023
Menerusi rakaman berdurasi 19 saat itu, Aedy dilihat berkali-kali menumbuk pada bahagian muka Hafidz sehingga lawannya terduduk di tepi gelanggang sambil dikawal oleh seorang pengadil.
“Mana yang geram tu tengok puas-puas,” tulis Aedy atau nama sebenarnya, Mohamad Addy Ashraf bin Rosmadi dalam ciapan tersebut.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata mengaitkan video berkenaan dengan situasi dilalui Hafidz ketika ini apatah lagi kecoh mengenai berita dia menceraikan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri dengan talak satu.
Terima kasih memahami perasaan netizen
Dah macam drama baru
Sesuai dengan mood netizen
Artis pun memahami perasaan kami…
Kami mahu lagi!
Terdahulu, media melaporkan Hafidz sah bercerai dengan isterinya menerusi panggilan telefon pada Rabu sebelum menjadi kecoh di media sosial semalam.
Ia selepas timbul dakwaan bahawa pelakon drama Jesnita itu berlaku curang terhadap Nurul Shuhada disebabkan kehadiran orang ketiga bernama Athira Yuhada.
Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2.