Afiq Muiz bongkar perangai sebenar isteri, “Macam iblis balik tiga pagi bau arak”

Afiq Muiz bongkar perangai sebenar isteri, “Macam iblis balik tiga pagi bau arak”

 

Sebelum ini, isteri kepada Afiq Muiz iaitu Pachara Apin memaklumkan bahawa dirinya tidak menerima nafkah dari pelakon lelaki itu sejak tahun 2021.

Dek kerana itu, Pachara membuat permohonan tuntutan cerai secara fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Petaling.

Dedah perangai sebenar

Menerusi ruangan komen di hantaran Instagram, pelakon Afiq Muiz dilihat mendedahkan perangai sebenar isterinya, Pachara Apin.

Isteri kalau baik takpe. Ni macam iblis, balik tiga pagi mabuk. Bau arak. Makan babi. Keluar dengan lelaki.

Dalam hantaran tersebut, kebanyakan netizen dilihat banyak meninggalkan komen seakan-akan mempersalahkan pelakon drama ‘Gerimis Salju Naminara’ itu.

Afiq Muiz memaklumkan bahawa dirinya sudah mencapai hadnya dengan kata-kata netizen yang melabel dirinya seorang suami dayus.

Reaksi netizen