Ahli nasihatkan Anwar henti berdrama, putuskan segera penggunaan logo PH PRU-15

Ahli nasihatkan Anwar henti berdrama, putuskan segera penggunaan logo PH PRU-15

PRU15: PH guna Logo PKR Vs Logo PH?

1. Kenapa parti-parti buat gabungan atau pakatan?

Kerana semua parti yakin, untuk menang perlu gabungan atau pakatan, yakni tiada parti setuju bersendirian lebih baik.

2. Logo PH tidak dikenali? Nama PH sudah busuk kerana pengkhianatan?

Saya nampak, ada percanggahan di sini. Satu menyebut nama(logo) PH sudah terkenal kerana busuknya, satu menyebut nama (logo) PH tidak dikenali.

PH sudah dikenali Rakyat Malaysia.

Bila berlaku PRU, seluruh Rakyat Malaysia beri tumpuan dan sebahagian besar Rakyat Malaysia keluar mengundi. Keputusannya dinanti-nanti dengan penuh harapan dan debaran.

Bila PH menang PRU14, secara automatik, majority Rakyat Malaysia sudah tahu dan kenal nama PH.

Pasca Pru14, PH memerintah selamat 22 bulan. 22 bulan itu, nama PH semakin dikenali ramai. Kenapa kita masih ragu-ragu?

3. Nama PH sudah busuk kerana pengkhianatan?

Pengkhianat2 itu sudah tidak bersama PH lagi. Yang busuk itu sudah dipotong buang. Mereka yg kekal setia dgn PH, tidak menanggung ‘dosa’ busuk pengkhianat, tidak adil meletakkan bebanan kepada mereka.

4. Alasan nama busuk atau persepsi “PH kencing Rakyat” tidak baik untuk guna logo PH.

Kenapa kita terperangkap dgn propaganda musuh? Itu propaganda musuh, bukan persepsi Rakyat. PH telah buat yg terbaik sepanjang 22 bulan.

5. Setiap parti ada “nama busuk” masing-masing.

Jika PH mengambil Logo salah satu parti komponennya, contohnya PKR, “nama busuk” PKR ini jadi satu liability kpd semua anggota PH.

PKR menang besar dlm PRU14, tapi PKR juga paling ramai YB2 Parlimen dan DUN khianat kpd PKR dan PH dengan lompat parti, hingga tersungkur Kerajaan Pusat dan Negeri.

Ini satu liability yg sangat signifikan.

Parti Amanah dan DAP ada “nama busuk” masing-masing.

Tapi, bila kita bergabung dan guna logo gabungan baru, “nama busuk” parti-parti sama-sama kita tutup sedikit sebanyak.

6. Logo PKR terbukti dlm Pru14.

Ya, tapi kena ingat Rakyat mengundi memilih kerana PH itu lebih ramai dari Rakyat mengundi memilih kerana PKR!

Pru14, keadaan terdesak untuk guna Logo PKR. Logo PKR berada pada masa dan keadaan yg tepat.

7. PH adalah Parti yg sudah berdaftar dgn RoS. Sebuah Parti yg sah, bukan sebuah persefahaman politik yg diikat dgn perjanjian antara parti tapi tidak sah berdaftar.

Sebagai sebuah parti, setiap anggota parti perlu mengembangkan ‘SYIAR’ parti. PRU adalah kemuncaknya.

8. Setiap ahli parti, BANGGA dgn parti masing-masing. Setiap ahli parti BANGGA jika syiar atau lambang parti masing-masing digunakan. Setiap ahli parti, kurang ceria menggunakan lambang parti lain. Itu lumrah orang berparti!

Kerana itu, guna logo Parti gabungan atau pakatan lebih sesuai.

9. Saya memilih Logo PH, berbanding Logo PKR untuk PH hadapi Pru15.

Sumber – FB