Ahmoi akan lapor perbuatan Mira ke Biro Hal Ehwal Agama, tidak pernah terima 1 kata maaf

Ahmoi akan lapor perbuatan Mira ke Biro Hal Ehwal Agama, tidak pernah terima 1 kata maaf

 

Di saat pihak View Chin sudah membuat klarifikasi panjang bagi pihaknya dan juga Amira Aqilah, Shermine Hau-Ah Moi bakal memfailkan tindakan undang-undang setelah difitnah berskandal dengan lelaki lain.

Hal itu diberitahu menerusi Facebooknya semalam.

Saya mahu perjuangkan hak yang sepatutnya anak-anak dapat

Meskipun kecewa rumah tangga yang dibina selama 8 tahun ranap begitu sahaja disebabkan pekerja sendiri, buat masa sekarang hak jagaan anak-anak adalah isu yang sedang diperjuang habis-habisan oleh Ahmoi.

Sudah membesarkan sejak kecil, pastinya anak-anak lebih sesuai tinggal dengannya sahaja.

“Saya takkan lepaskan mereka (anak) kepada View Chin. Macam mana perempuan (Mira) yang tidak pernah melahirkan akan jaga mereka? Sebagai ibu, saya cuma nak lindungi anak-anak, itu sahaja”

Sejak kantoi, Mira tak pernah minta maaf kepada Ahmoi

Berkenaan hubungan percintaan suaminya dengan staf sendiri, Ahmoi berkata dia tidak pernah mendapat sebarang permohonan maaf dan hanya mampu berdiam saja walaupun hatinya sendiri terguris.

Siapa sangka lepas ia ditularkan di media sosial pun, Mira terus diam bahkan menyembunyikan diri tanpa cuba memberikan penjelasan.

Ahmoi bakal laporkan perbuatan Mira kepada Biro Hal Ehwal Agama

Dalam tindakan lanjut, ibu kepada 3 anak ini juga bakal melaporkan Mira kepada Biro Hal Ehwal Agama.

Perkara terbabit sudah pun berada dalam perbincangan serius dengan peguamnya untuk melangkah ke prosedur seterusnya.