Aishah semakin baik, tidak lagi perlukan alat bantuan pernafasan

Aishah semakin baik, tidak lagi perlukan alat bantuan pernafasan

Hasil imbasan tomografi berkomputer (CT scan) mendapati penyanyi, Aishah mengalami jangkitan kuman dan masih dirawat di Hospital Ampang.

Perkembangan empunya nama Wan Aishah Wan Ariffin itu dikongsikan kelab peminatnya menerusi akaun Instagram aishahfcff_official, baru-baru ini.

Kerana itu, penyanyi lagu Janji Manismu ini terpaksa meneruskan pengambilan antibiotik untuk merawat jangkitan yang dialaminya.

Namun, kesihatannya disahkan bertambah baik dan tidak lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.

Aishah beberapa hari lalu dibawa ke Hospital Ampang selepas disahkan positif Covid-19.

Sumber – UTUSAN ONLINE