Akaun media sosial ibu kandung dera anak diserang netizen, jumpa gambar sweet dengan pengkid
Baru-baru ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kes penderaan kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun yang berjaya dibongkar jiran tetangga.
Suspek yang merupakan ibu kandung dan rakan pengkid telah ditahan untuk membantu siasatan.
Terbaru, netizen menyerang akaun media sosial dipercayai milik suspek iaitu ibu kandung kanak-kanak itu.
Para netizen mengutuk perbuatannya yang nampak seperti seorang ibu yang penyayang kerana kerap memuat naik gambar anak-anak.
Namun siapa sangka, anak boleh menjadi mangsa dera hanya beberapa bulan tinggal bersama di Johor.
Foto yang paling banyak mendapat reaksi daripada netizen adalah foto suspek selfie bersama rakannya.
Setakat ini, foto itu telah mendapat lebih 3,000 komen dan 2,000 shares.
Orang ramai meluahkan rasa marah dan tak sangka seorang ibu sanggup naik tangan terhadap anak yang tak berdosa.