Akhirnya AmBank berjaya tewaskan Maybank untuk jadi yang pertama

Akhirnya AmBank berjaya tewaskan Maybank untuk jadi yang pertama

Pilihan pembayaran berasaskan Apple Pay sememangnya memudahkan pengguna yang sedia ada di dalam ekosistem Apple. Oleh itu, sudah sekian lama telah diminta oleh pengguna Apple di Malaysia untuk memasukkan ciri pembayaran Apple Pay secara rasmi namun masih tiada sebarang respon sehingga ke hari ini.

Situasi ini mungkin berubah selepas terdapat notifikasi mesej berkenaan ciri pembayaran Apple Pay yang diterima oleh seorang pengguna forum Lowyat.Net. Berdasarkan gambar yang dikongsikan, mesej yang dihantar oleh pihak Ambank telah menyatakan bahawa pelanggan boleh menggunakan Apple Pay untuk membuat pembayaran di laman Safari dan juga dalam aplikasi.

Malah, pihak AmBank turut menyertakan pautan khas yang akan membawa kepada bahagian Apple Pay pada laman web Ambank. Bagaimanapun, pautan ini tidak boleh diakses lagi dan masih belum mendapat kepastian daripada pihak AmBank atau pun Apple sendiri berkaitan ciri tersebut.

Namun begitu, ini boleh menjadi titik permulaan yang baik memandangkan terdapat kemungkinan pihak AmBank memang sedang mempersiapkan ciri Apple Pay buat para pelanggannya. Jika ia benar-benar terjadi, maka ciri Apple Pay sudah pasti bakal digunakan secara meluas oleh pelbagai syarikat dan perbankan di Malaysia kelak.

Sumber – The Vocket