Akhirnya Dr Maza baru mengenal erti sebuah penyesalan

Akhirnya Dr Maza baru mengenal erti sebuah penyesalan

“Dukacita, kabinet yang majoriti muslim gagal membuat keputusan menghalang orang muslim terlibat dengan apa-apa aktiviti arak sama ada minum, angkat, juruwang dan seumpamanya.

“Membincangkan hal yang remeh, melupai hal yang besar,” ciapnya di laman twitter rasminya petang ini.

Itulah ungkapan penuh kekecewaan yang diciap Mufti Perlis bagi menzahirkan kekecewaannya terhadap sebuah harapan untuk melihat kerajaan Melayu Islam yang direstuinya berjaya mempertahankan hak Melayu dan Islam yamg selama ini didakwanya semakin terhakis di bawah peemrintahan PH selama 22 bulan.

Dia meluahkan rasa kesal tersebut apabila kabinet kerajaan yang terdiri daripada majoriti orang Islam masih tidak dapat menghalang penganut Islam daripada terlibat dalam aktiviti berkaitan arak seperti dilaporkan portal akhbar Malaysiakini.

Menurut Asri, isu itu seolah-olah kurang dipedulikan sedangkan hal yang patut menjadi keutamaan tidak menjadi perhatian.

Asri dipercayai merujuk larangan syariat terhadap penganut Islam untuk terlibat dalam apa-apa pekerjaan yang terlibat dengan arak.

Bermula awal bulan ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menetapkan penjualan minuman keras terhadap kedai runcit dan kedai serbaneka harus tertakluk kepada peraturan tambahan.

Ini termasuk perlu meletakkan produk bir di bahagian paparan khas, berasingan daripada minuman lain, dan jualan hanya dibenarkan dari jam 7 pagi hingga 9 malam, sebelum bahagian paparan itu haruslah dikunci selepas itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Kedah diberitakan akan mengehadkan penjualan minuman keras di semua premis, khususnya kawasan luar bandar yang tiada permintaan.

Isu arak juga menjadi hangat dalam sebulan lalu apabila arak berjenama Timah mengundang kontroversi kerana dikatakan menghina Islam, antaranya apabila nama itu dipandang sesetengah pihak sebagai kependekan nama puteri Nabi Muhammad, Fatimah.

Ini meskipun penjelasan telah dibuat oleh pengeluar wiski tentang nama tersebut, yang menurut mereka merujuk kepada bijih timah yang banyak terdapat dengan negara ini suatu ketika dahulu.

Setelah mengundang perdebatan kencang di alam maya, dan dikatakan bakal menukar nama, hari ini kabinet diberitakan bersetuju untuk membenarkan pengeluar wiski itu mengekalkan nama Timah di sebalik bantahan sesetengah pihak.

Dukacita, kabinet yg majoriti muslim gagal membuat keputusan menghalang org muslim terlibat dgn apa2 aktiviti arak samada minum, angkat, juruwang dan seumpamanya. Membincangkan hal yg remeh, melupai hal yg besar.