Akhirnya guru ini dedah punca kenapa 10,000 guru bersara awal setiap tahun

Akhirnya guru ini dedah punca kenapa 10,000 guru bersara awal setiap tahun

Dianggarkan 10,000 permohonan guru untuk bersara awal saban tahun.

Sayangnya, yang mohon bersara awal ni golongan guru berpengalaman dan power. Soalnya kenapa? Dr Radzi Jidin kata, kementerian akan meneliti hal ini.

Okeh, jujur kata, aku secara peribadi pun memang merancang untuk bersara awal. Kena kukuhkan kewangan, cari income pasif menggantikan income yang bakal hilang, dan sebaik semuanya dah sedia, InsyaAllah aku akan berundur dari dunia pendidikan.

Jika tanya aku, apa puncanya. Jawab aku kerana sistem itu sendiri. Sistem sedia ada sangat menekan dan penuh dengan pelbagai bebanan tambahan.

Selain itu faktor ‘dinosaur’ dan ‘little napoleon’ yang masih berakar umbi dalam sistem.

Kebebasan bersuara disekat dengan pelbagai ugutan halus. Apa jua dasar tak boleh dipertikai dan tak boleh kritik walau tahu ia tak betul, kena angguk saja. Baru kenaikan pangkat lancar dan tiada masalah.

Kena jadi Yes Man baru selamat dalam sistem ini. Kalau tak, habis segala benda disekat.

Yang berbeza pandangan, yang kritis, akan di ‘cop’ selama-lamanya sebagai pembangkang. Nanti kena hantar kursus untuk ‘brainwash’, kena surat tunjuk sebab, kena hadir kaunseling kena tukar, kena ugut dikenakan tatatertib.

Budaya lapok bersifat punitif, hukuman dan ugutan masih kukuh berakar umbi dalam sistem.

Belum dicerita pelbagai bebanan tambahan melangkaui tugas hakiki yakni mengajar dan mendidik murid.

Mengajar dan mendidik murid sentiasa seronok, enjoy dan menggembirakan. Langkah saja kaki keluar kelas, terus terasa beban menimpa-nimpa.

PPD datang minta buat program itu program ini. Kadang programnya langsung tak sesuai dengan murid kita. Tapi tak boleh bantah apa. Kau bantah, siaplah. Kena cop haluan kiri selamanya dan akan disusahkan.

Rungutan guru tidak dipeduli. Kalau parent merungut baru cepat-cepat ada tindakan. Sistem hari ini ‘merajakan’ murid dan ibubapa dan kurang menjaga kebajikan para guru.

Tiada keterbukaan dalam sistem. Tiada orang berani nak bersuara tegur perkara yang mereka yakini salah dan tak betul. Masing-masing menjaga periuk nasi sendiri.

Dan akhirnya, lahir ramai guru yang sekadar guru tapi hilang jiwa sebagai seorang pendidik.

Pada aku, begitulah.

Baca lanjut berita ini di sini : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/04/18/trend-mengejut-guru-bersara-awal-membimbangkan-kata-nutp/

#MFS
– Pernah lalui pengalaman pahit ditekan sistem, diugut, dikenakan tindakan, disekat pelbagai peluang

Sumber – FB Mohd Fadli Salleh