Akhirnya individu di sebalik perubahan diri Mizz Nina bocor

Akhirnya individu di sebalik perubahan diri Mizz Nina bocor

Selepas 11 tahun bergelar suami isteri, pasangan selebriti popular, Noh Salleh dan Mizz Nina akhirnya membuat keputusan untuk bercerai.

Jumpa lelaki yang baik

Susulan berita penceraian itu, tular kembali video temu bual Mizz Nina bersama Eksklusif OWH! MG yang dirakam pada 1 November 2019.

Menerusi video itu, Mizz Nina meluahkan rasa syukur apabila Allah SWT pertemukan dirinya dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh yang kini sudah menjadi bekas suami.

Dedah aktivis kemanusiaan itu, dia pernah berputus asa untuk berkahwin ketika umurnya 31 tahun kerana belum bertemu dengan jejaka yang baik peribadi.

Alhamdulillah saya dapat kahwin dengan Noh, suami saya pada 2011. Sebelum itu saya rasa umur dah 31 tahun, mungkin dah tak jumpa lelaki yang baik.

Tak ada lelaki baik dekat sana, maaf semua (sambil ketawa). Tetapi, apabila saya putus asa dengan perkahwinan tiba-tiba Allah SWT kenalkan saya dengan seorang lelaki yang sesuai dengan saya dan keluarga. Alhamdulillah..

Sayang bila nak pakai hijab?

@syukfendi

Noh Hujan Noh Salleh Mizz Nina #fyp #fypage #fypシ゚viral #fyp #fypdongggggggg

♬ original sound – syukfendi – syukfendi

Kata penyanyi berumur 42 tahun, Noh menjadi tonggak utama penghijrahan dirinya selain keluarga dan rakan-rakan.

Dalam pada itu, pemilik nama Shazrina Azman memberitahu Noh pernah bertanya bila dia akan bertudung namun balasnya masih belum bersedia pada ketika itu.

Dari situ, saya rasa nak berhijrah penting untuk ada sokongan kuat daripada keluarga, rakan dan orang yang percaya dengan kita. Orang yang nampak kita cantik ketika berhijab, jom kita sembahyang, jom kita puasa.

Alhamdulillah suami saya membawa pengaruh yang besar. Dia yang tanya, ‘sayang bila nak pakai hijab?’ Masa itu pada tahun 2011, saya balas belum bersedia lagi, ada album, nak buat muzik video.

Tetapi disebabkan dia tanya soalan itu membuatkan saya tertanya. ‘Oh kenapa kena pakai hijab? Macam ni ka?’ Alhamdulillah selepas kahwin denga Noh, saya mula sembahyang lima waktu.

Walaupun anda nampak saya di atas pentas macam itu (buat persembahan), orang tak nampak struggle dalam diri saya.

Difahamkan, Noh dan Mizz Nina bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur pada 3 Ogos.

Pada 13 Julai lalu, Noh menyangkal dakwaan perkahwinannya bersama Mizz Nina berdepan masalah.

Sekadar info, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011. Sekitar April lalu, pasangan itu memperkenalkan Musa sebagai anak angkat bagi menyerikan rumah tangga mereka.